KOTA BHARU:Kelab Bola Sepak Kelantan (Kelantan FC) menerima berita gembira dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) apabila persekutuan itu membatalkan sekatan perpindahan pemain yang dikenakan ke atas pasukan berkenaan sebelum ini.
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman berkata keputusan pembatalan sekatan itu diterimanya daripada FIFA pada pukul 5.00 petang semalam.
Beliau berkata perjuangannya selama empat bulan sejak mengambil alih The Red Warriors (TRW) pada 3 Sept lepas akhirnya berhasil.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peguam Cassio Francisco de Jesus, Zhafri Aminurashid yang banyak membantu dalam urusan ini sehingga membolehkan kami menyelesaikan semua bayaran tunggakan pemain import dari Brazil itu," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Pembatalan tindakan sekatan perpindahan pemain itu dibuat apabila Kelantan yang kini dimiliki oleh Norizam telah melunaskan tunggakan gaji Cassio berjumlah keseluruhan RM612,632.50 menerusi empat kali pembayaran.
Norizam berkata pihaknya turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang turut membantu dalam usaha itu.
"Keputusan itu membolehkan saya dan pasukan memberi tumpuan bagi proses pembentukan Kelantan FC untuk musim 2021 dan barisan kejurulatihan baharu yang dijangka akan tiba dalam masa terdekat untuk memulakan tugas pembentukan pasukan.
"Apabila sekatan ini dibatalkan, saya boleh buat pilihan pemain terbaik untuk dibawa masuk bagi memperkuatkan pasukan termasuklah pemain import," katanya.
Katanya, beliau akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan Kelantan FC mampu bersaing di Liga Malaysia (Liga M) musim 2021.
"Saya telah membelanjakan hampir RM8 juta sejak mengambil alih TRW pada awal September lepas... jumlah itu merangkumi pembayaran hutang-hutang lama dan gaji barisan pemain TRW untuk musim 2020," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 31 2020
Norizam berkata, beliau akan berusaha sebaik mungkin bagi memastikan Kelantan FC mampu bersaing di Liga Malaysia musim 2021. - Gambar fail
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
‘Saya tidak lari bayar baki gaji’
Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukimann memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan gaji dihadapi pasukan The Red Warriors secara berperingkat.
Rayuan ditolak, Kelantan FC terpaksa lupakan Liga Super
Kelantan FC terpaksa melupakan hasrat untuk kekal dalam saingan Liga Super musim 2024-2025, selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menolak rayuan kelab itu bagi Lesen Kebangsaan.
Kelantan FC tidak layak beraksi di Liga Super
Kelantan FC gagal untuk mendapatkan lesen kebangsaan sekali gus tidak layak untuk bertanding dalam saingan Liga Super musim depan.
Liga Super: Kuching City tumbang di Sarawak, PDRM bedil Kelantan
Kuala Lumpur City FC menewaskan Kuching City FC 3-2, manakala PDRM FC berpesta gol dengan membelasah Kelantan FC 7-2.
Kelantan FC serah dokumen tunggakan pembayaran gaji - MFL
Unit pelesenan kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah menerima dokumen berhubung tunggakan pembayaran gaji pemain dan pegawai pasukan Kelantan FC semalam.
Nasib malang Kelantan FC
Skuad The Red Warriors (TRW) kini merupakan pasukan terbanyak bolos dalam sejarah Liga Malaysia (Liga-M) untuk semusim.
Yusri mahu pemain Perak FC kekalkan momentum kemenangan
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mahu anak buahnya mengekalkan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak Ipoh, malam tadi.
The Bos Gaurus tak ambil mudah cabaran Kelantan FC
Yusri yakin Kelantan FC akan bermain bermati-matian bagi melakar kemenangan sekali gus memperbaiki kedudukan yang ketika ini di tangga tercorot.
Kelantan FC tiada penyerang 'sejati'
Kelompongan itu memberi kesan kepada pasukan yang dibarisi kebanyakan pemain muda dalam menterjemahkan setiap percubaan jaringan.