OLYMPIACOS 0 ARSENAL 1
Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno, memuji Bukayo Saka di atas bantuan jaringannya ketika membantu pasukan menang 1-0 ke atas Olympiacos, menyifatkan pemain berusia 18 tahun itu luar biasa sementara pengendali pasukan, Mikel Arteta, memuji dia seorang yang berani.
Saka menikmati musim pertama bersama The Gunners, membuat penampilan yang ke-25 dalam aksi pusingan 32 Liga Europa.
Pemain muda itu, turun selaku pertahanan kiri, membuat lorongan yang cemerlang buat Alexandre Lacazette untuk menyempurnakan jaringan kemenangan di Piraeus.
Ia merupakan bantuan jaringan yang kesembilan sepanjang pertandingan dan kelima dalam saingan Liga Europa, paling banyak dalam kejohanan tersebut.
Persembahan Saka baru-baru ini telah berjaya menarik banyak pujian, dan Leno turut kagum dengannya.
"Bukayo seorang pemain yang luar biasa dan berharap dapat kekal bersama Arsenal," kata Leno kepada BT Sport.
"Dia seorang pemain yang penting dan hantarannya hari ini sangat baik untuk Lacazette menjaringkan gol. Kami gembira di sebalik kelebihan yang diraih, jaringan di tempat lawan dan kami mahu mengatasi mereka sekali lagi dan melangkah ke pusingan seterusnya."
Apa yang meningkatkan lagi perkembangan Saka adalah dia diminta untuk beraksi di bahagian pertahanan dan Arteta percaya dia telah bertindak balas dengan baik di sebalik perubahan itu.
"Kami menurunkannya dalam posisi untuk dikelilingi pemain-pemain yang sesuai dengan corak permainannya, dia bukanlah seorang pemain pertahanan kiri," kata Arteta kepada BT Sport.
"Dia bertindak balas dengan baik dan seorang pemain yang berani ketika melakukan keputusan. Banyak peluang yang terhasil menerusinya dan saya berpuas hati dengan persembahan pemain itu."
Astro Arena
Fri Feb 21 2020
Alexandre Lacazette (kiri) mengejar bola dalam perlawanan Liga Europa antara Olympiacos dan Arsenal di stadium Georgios Karaiskakis, di Piraeus, dekat Athens, 20 Feb, 2020. (Foto AP)
Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Arsenal pesta gol tanpa kehadiran Aubameyang
Alexandre Lacazette bangkit untuk membuka jaringan sebelum Martin Odegaard menambah gol kedua pada separuh masa pertama.
Leno, Arteta puji persembahan Saka
Pemain muda itu, turun selaku pertahanan kiri, membuat lorongan yang cemerlang buat Alexandre Lacazette untuk menyempurnakan jaringan kemenangan di Piraeus.
Peluang masih 50-50 - Unai Emery
Meskipun menang 3-1, pengurus Arsenal Unai Emery anggap peluang mereka ke final masih 50-50.
Arsenal pintas Manchester United & Tottenham
Arsenal tewaskan Newcastle 2-0 untuk melonjak ke tangga ketiga EPL.
EPL: Alexandre Lacazette muncul penyelamat Arsenal
Jaringan tersebut sekali gus mengagalkan hasrat The Reds untuk pulang dengan tiga mata penuh.
Gandingan Aubameyang, Lacazette benam semangat Cardiff
Shkodran Mustafi menanduk masuk gol pendahuluan The Gunners selepas 11 minit permainan sebelum skuad bimbingan Neil Warnock itu menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa jaringan.
Arsenal benam PSG 5-1
Arsenal bangkit dengan garang pada babak kedua untuk membelasah pasukan Paris Saint-German 5-1 di Singapura malam ini.
Kenapa Unai Emery jadi pilihan Arsenal?
Unai Emery sudah sedia dengan perancangan untuk membaiki prestasi pemain Arsenal yang sedia ada.
Aubameyang bakal sertai Arsenal
Arsenal bakal cipta rekod bayaran perpindahan baharu dengan pembelian Pierre-Emerick Aubameyang dari Dortmund.
Mampukah Lacazette menyerlah di Arsenal?
Jumlah merupakan rekod baharu bayaran perpindahan yang dibuat Arsenal mengatasi nilai perpindahan Mesut Ozil (42.4 juta pound) dari Real Madrid pada 2013.