Masa depan Arsene Wenger di Emirates semakin gelap apabila Arsenal dibelasah 5-1 oleh Bayern Munich dalam aksi pusingan pertama Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Kekalahan menyaksikan 'The Gunners' berdepan penyingkiran buat kali ketujuh berturut-turut pada peringkat itu.

Bayern Munich memberi amaran awal apabila Arjen Robben membuka tirai jaringan pada minit ke-11.

Alexis Sanchez kemudiannya menghidupkan peluang Arsenal apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-30.

Masuk babak kedua, Bayern terus bernafsu mencari gol kemenangan.

Skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu meledak tiga gol dalam tempoh 10 minit menerusi tandukan Robert Lewandowski pada minit ke-53 sebelum Thiago meledak dua kali dalam tempoh tujuh minit.

Thomas Mueller yang masuk sebagai pemain gantian kemudian melengkapkan kemenangan bergaya bayern.

Tamat perlawanan Bayern Munich 5, Arsenal 1.

Gergasi Jerman itu sebelum ini menyingkirkan Arsenal pada peringkat sama pada 2005, 2013 serta 2014.

Kekalahan buruk di Allianz Arena itu juga menambah tekanan kepada Wenger menjelang aksi pusingan kedua di Emirates pada 7 Mac ini dengan bekalan satu gol ditempat lawan.