Pemain muda meningkat naik Selangor, Muhammad Syahmi Safari menjadikan penyerang Perancis, Antoine Griezmann sebagai idola dalam usaha menjadi pemain bola sepak terbaik negara.
Muhammad Syahmi, 19, yang menyumbat dua gol ketika membantu Selangor mencatat kemenangan 4-2 ke atas T-Team pada aksi Liga Super malam tadi, mengakui mengagumi kemampuan membuat hantaran tepat serta kemahiran mengawal bola yang dimiliki Griezmann.
Pada perlawanan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Selayang itu, Muhammad Syahmi turut meniru aksi meraikan jaringan pemain kelab Sepanyol, Atletico Madrid itu selepas menyumbat gol pertama pada minit ke-53 buat skuad Gergasi Merah.
"Walaupun dia (Griezmann) seorang penyerang, teknik hantaran dan kawalan bolanya di samping keupayaan membuat keputusan pada saat yang sukar ketika perlawanan amat saya kagumi," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tersebut.
Sementara itu, Ketua Jurulatih Selangor, P. Maniam memuji persembahan yang dipamerkan Muhammad Syahmi, namun menggesa supaya beliau terus menumpukan perhatian pada baki saingan liga dan aksi Piala Malaysia yang akan membuka tirai Selasa ini.
"Saya sangat gembira kerana beliau baru berusia 19 tahun dan sumbangannya setakat ini sangat menakjubkan. Kita dapat lihat serangan di sebelah kanan sangat efektif dengan beberapa hantaran menarik yang dapat kita jelmakan.
"Tetapi perjalanan masih jauh...saya mahu beliau untuk melupakan tentang perlawanan malam ini dan tumpukan sepenuh perhatian untuk aksi seterusnya," kata beliau.
Selain Muhammad Syahmi, pemain import Forkey Doe dan Rufino Segovia Del Burgo, masing-masing menjaringkan satu gol buat Selangor pada minit ke-55 dan 82, sementara dua gol T-Team dijaringkan Dishod Sharofetdinov (minit ke-73) diikuti penalti disempurnakan Joseph Yannick Ndjeng pada hujung perlawanan.
Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor kembali mengutip tiga mata selepas mencatat keputusan dua seri dan dua kalah pada empat aksi liga sebelum ini, untuk mengumpul 20 mata dan berada di tangga kelima.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 02 2017
Aksi Muhammad Syahmi (tengah) diraikan rakan sepasukan selepas kejayaannya menjaringkan gol pada perlawanan Liga Super 2017, Selangor menentang T-Team di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam tadi. -- fotoBERNAMA
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Kelayakan Euro 2024: Perancis peroleh kemenangan bergaya dalam aksi pembukaan
The Oranje kelihangan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan tersebut ekoran masalah kesihatan.
Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.
Piala Dunia Qatar: Antoine Griezmann rendah diri setanding rekod Zinedine Zidane
Griezmann membekalkan hantaran penting buat gandingannya penyerang itu yang bertindak membatalkan gol penyamaan Andreas Christensen.
Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.
Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang
Griezmann bakal terlepas kunjungan ke Sevilla Sabtu ini dan turut diketepikan untuk bertemu Granada Rabu depan.
Kelayakan Piala Dunia: Griezmann selamatkan Perancis daripada diaib Bosnia-Herzegovina
Les Bleus ketinggalan gara-gara jaringan Edin Dzeko pada minit ke-36 tetapi segera menyamakan kedudukan hasil sentuhan Antoine Griezmann.
Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona
Gergasi Catalan itu meratapi kehilangan penjaring terbanyak berkenaan apabila dia rasminya diumumkan sebagai bintang baru PSG secara percuma minggu ini.
Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.
Griezmann tidak mungkin dimaafkan penyokong Atletico - Cerezo
Griezmann telah dikaitkan dengan perpindahan kembali ke Atletico semasa jendela perpindahan ketika ini.
Euro 2020: Cristiano Ronaldo idola semua orang - Griezmann
Tanpa mengira apa jua keputusan pertembungan mereka kelak, Griezmann memuji Ronaldo dan Messi yang disifatkannya sebagai inspirasi.