KYLIAN Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis, tetapi menegaskan ini tidak bererti dia bukannya lebih hebat daripada mana-mana pemain lain dalam skuad itu.
Ketua jurulatih Les Bleus, Didier Deschamps, mengesahkan bahawa Mbappe akan mengambil alih lilitan tangan daripada Hugo Lloris yang bersara daripada bola sepak antarabangsa pada Januari lalu, sementara Griezmann dinamakan sebagai timbalan kepada bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu.
Mbappe telah memperoleh 66 penampilan untuk pasukan kebangsaan, berbanding Griezmann 117 kemunculan walaupun penyerang Atletico Madrid itu lapan tahun lebih tua daripadanya.
Laporan di Perancis minggu ini mencadangkan Griezmann tidak menerima berita itu dengan baik dan berasakan dia lebih sesuai dengan peranan berkenaan, lantas Mbappe memahami mengapa rakan sepasukannya tersebut kecewa dengan keputusan terbabit.
"Saya ada berbual dengan Antoine. Dia kecewa dan ia boleh difahami.
"Saya memberitahunya bahawa saya juga akan membuat reaksi yang sama.
"Dia mungkin pemain yang paling penting dalam era Deschamps. Tetapi saya bukan berada di atasnya. Kami akan berganding bahu untuk cuba menjadikan Perancis menguasai di peringkat dunia.
"Jika dia mempunyai sesuatu untuk diperkatakan di hadapan kumpulan, saya akan duduk dan mendengarnya. Kami tidak boleh menutup pintu kepada sesiapa. Semua orang bebas meluahkan perasaan mereka," kata Mbappe dalam sidang media.
Sementara itu, Deschamps menafikan pelantikan berkenaan bukan semata-mata untuk mengambil hati Mbappe.
"Saya yakin dia mempunyai segala kualiti untuk melakukannya," katanya. -- Stadium Astro
Astro Arena
Fri Mar 24 2023

Mbappe (kiri) telah memperoleh 66 penampilan untuk pasukan kebangsaan Perancis, berbanding Griezmann 117 kemunculan. - Stadium Astro

Piala Malaysia: TFC, KL City berjaya ke separuh akhir
Terengganu FC akan menentang Kuala Lumpur (KL) City FC pada separuh akhir pertama pada 20 Okt ini dan separuh akhir kedua pada 3 Nov ini.
Tiga hos, Zamani, Ezad Lazim dan Nikki Palikat antara peserta Hot Seat
All Stars Gegar Vaganza akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 24 September, setiap Ahad, jam 9 malam, ditayangkan eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).
Pendatang terus rentas sempadan Texas di sebalik kekangan
Pada Khamis lalu, kira-kira 900 pendatang menyeberangi sempadan Amerika Syarikat itu dan pada Jumaat, kira-kira 1,200 pendatang melakukan perkara sama.

Wee Ka Siong pertahan jawatan Presiden MCA
Datuk Seri Wee Ka Siong mempertahankan jawatan Presiden MCA untuk penggal kedua selepas keputusan rasmi pemilihan ahli jawatankuasa pusat parti itu diumumkan Setiausaha Agung Datuk Chong Sin Woon.
Hangzhou hadirkan persekitaran yang baik - Norza
Menurut Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria, Malaysia suka bertanding di China, bukan hanya kerana bandarnya kerana di Guangzhou sebelum ini, kontinjen negara juga merekodkan keputusan yang baik.
Dua bayi antara 35 terkorban kebakaran depot bahan api haram
Punca kebakaran sebuah depot bahan api haram di selatan Benin dekat dengan sempadan Nigeria mungkin berpunca dari bahan api yang diseludup.
Putus tunang, pemuda nekad kembali ke pangkal jalan
Paling membuatkan Saiful terkilan kerana mengkhianati kepercayaan bekas tunang dan bakal ibu mentuanya, yang disifatkan sangat baik baik kepadanya.
[TERKINI] Van bawa pelancong Singapura terbabas, seorang maut
Sebuah van persiaran yang membawa sembilan pelancong dari Singapura dilaporkan terbabas dan terjunam di Bukit Genting, Balik Pulau.
PM Anwar akan ketuai delegasi Malaysia ke APEC November ini
Selain mesyuarat pemimpin APEC, kalangan pemimpin ASEAN kecuali Myanmar, turut dipelawa bagi mesyuarat berasingan oleh Presiden AS Joe Biden, kata Anwar kepada media Malaysia di akhir kunjungan empat hari beliau ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kali ke-78.
[TERKINI] Suspek utama kes bunuh kanak-kanak Lahad Datu diberkas
Seorang lelaki warga asing berusia 33 tahun yang dipercayai suspek kes bunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Lahad Datu, berjaya diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.
Menurut Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, suspek yang berbangsa Timor Indonesia itu ditahan di perumahan pekerja Felda Sahabat 30 pada jam 7 pagi Ahad.

Kylian Mbappe kembali sertai latihan PSG
Kylian Mbappe menyertai semula skuad pasukan utama Paris St Germain (PSG) selepas "perbincangan yang sangat membina dan positif" di antara kelab dan aset bintang mereka itu.

Mbappe dihalang sertai latihan PSG
Mbappe disisihkan selepas masih gagal mencapai kata sepakat dengan kelab gergasi Perancis tersebut.

Jurgen Klopp tepis cadangan tandangani Kylian Mbappe secara pinjaman
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp, telah mengetepikan cadangan kelab itu dalam usaha untuk mendapatkan khidmat Kylian Mbappe secara pinjaman.

Chelsea turut berminat dapatkan Mbappe
CHELSEA telah menjadi kelab terbaharu yang mengadakan perbincangan dengan Paris Saint-Germain (PSG) untuk mendapatkan Kylian Mbappe.

Mbappe tak minat tawaran RM1.5 bilion
Bintang Perancis itu dilaporkan menolak sebarang perbincangan dengan wakil kelab Al-Hilal yang hadir ke Paris pada Rabu.

Ligue 1: PSG benarkan Kylian Mbappe adakan perbincangan dengan Al Hilal
Ligue 1: PSG benarkan Kylian Mbappe adakan perbincangan dengan kelab Arab Saudi, Al Hilal

Mbappe bakal dijual?
Hubungan mereka tegang sejak penyerang Perancis itu berkata tidak akan memperbaharui kontraknya yang akan tamat pada akhir musim depan.

PSG tawar kontrak 1 bilion Euro kepada Mbappe
Kontrak itu, yang akan berlangsung sehingga Mbappe berusia 34 tahun, adalah yang tertinggi pernah ditawarkan dalam sejarah bola sepak.

Mbappe catat rekod baharu dalam kemenangan Perancis ke atas Greece
Kylian Mbappe mencipta satu lagi rekod ketika Perancis mengekalkan rekod kemenangan mereka dalam aksi Kumpulan B, kelayakan Kejohanan Eropah dengan kemenangan 1-0 ke atas Greece.

Liverpool tiada perancangan tandatangani Kylian Mbappe
Liverpool dilaporkan tidak bercadang untuk menghidupkan semula minat mereka terhadap Kylian Mbappe daripada Paris Saint-Germain.