awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang

Astro Arena
Astro Arena
15/12/2021
02:45 MYT
Kecederaan paksa Griezmann berehat panjang
Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dalam 18 perlawanan sejak menyertai juara Sepanyol itu dari Barcelona. - Astro ARENA
ANTOINE Griezmann berdepan diketepikan selepas mengalami kecederaan paha dalam kekalahan derby Atletico Madrid kepada Real Madrid Ahad lalu.
Griezmann dikeluarkan pada separuh masa ketika Atleti tewas 2-0 dalam aksi La Liga di Santiago Bernabeu.
Pemain kebangsaan Perancis itu menjalani imbasan MRI dan telah menemui kecederaan otot di paha kanannya.
Griezmann bakal terlepas kunjungan ke Sevilla Sabtu ini dan turut diketepikan untuk bertemu Granada Rabu depan.
Pemain berusia 30 tahun itu telah menjaringkan tujuh gol dalam 18 perlawanan sejak menyertai juara Sepanyol itu dari Barcelona.
Skuad kendalian Diego Simeone di tangga keempat berikutan kekalahan berturut-turut dalam saingan LaLiga, 13 mata di belakang pendahulu, Los Blancos.
Griezmann meledak gol ketika menang 3-1 ke atas Porto minggu lalu yang memastikan tempat Atleti ke pusingan 16 Liga Juara-Juara, dan telah diundi bertemu Manchester United.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Antoine Griezmann
#kecederaan
#paha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan