Lions XII muncul juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan 3-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Susulan kemenangan Lions XII itu, media sosial kini dibanjiri dengan sokongan rakyat Malaysia terhadap pasukan Kelantan atas usaha mereka pada perlawanan akhir tersebut.







Namun, ada pula segelintir pengamal media sosial yang menggunakan peluang ini untuk menyindir pasukan itu.





Kemenangan Lions XII bermula dengan kejayaan mereka membuka tirai jaringan menerusi Faris Ramli pada minit ke enam perlawanan dan dua gol daripada pemain simpanan, Sahil Suhaimi pada minit ke-80 dan sepakan penalti minit ke-90.

Pasukan Kelantan bangkit pada minit ke-61 menerusi Wan Zack Haikal, namun usaha pasukan itu hingga ke wisel penamat tidak memadai untuk menewaskan pasukan Lions XII.