BEBERAPA hari selepas dibelasah 4-0 oleh Everton, Paul Pogba dalam satu temu bual bersama Sky Sports menyatakan bahawa persembahan para pemain Manchester United ‘tidak menghormati’ setiap individu yang terlibat di kelab itu.
Pemain warga Perancis itu turut menegaskan bahawa mentaliti setiap pemain perlu berubah menjelang pertemuan dengan seteru tetangga, Manchester City pada Rabu yang menyaksikan mereka tewas 0-2 di laman sendiri.
Bagaimanapun setiap kata-katanya itu langsung tidak bermakna buat legenda kelab, Roy Keane.
“Sepatah pun cakap dia saya tak percaya. Tiada makna di sebaliknya. Saya rasa dia pun tak percaya dengan apa yang dia cakap itu.
“Dia berkata tentang menjadi rakan sepasukan. Kalau anda rakan sepasukan yang baik anda sepatutnya berlari balik apabila sedang bertahan.
“Hal jadi panas lepas perlawanan dengan Everton itu, saya dengar mereka melempar gel rambut sesama mereka. Hal jadi panas,” kata Keane.
Keane mempersoalkan kejujuran Pogba malah menuding jari kepada pemain berusia 26 tahun itu, menyifatkannya sebagai ‘masalah besar’ kepada United.
Beliau memetik kata bekas pemain Liverpool, Graeme Souness yang menyatakan bahawa United memerlukan pemain senior yang baik dalam kelab, tetapi Pogba tidak memiliki ciri-ciri diperlukan walaupun sudah berpengalaman bermain dalam kejohanan besar dan memenangi gelaran utama.
“Saya tidak tahu dia bagaimana orangnya di padang latihan, tetapi daripada apa yang saya lihat.
“Dia menyebut bahasa tubuh dan kebanggaan, tetapi saya tidak nampak benda-benda itu dalam persembahannya. Mata saya tidak membohong saya,” ujar legenda berusia 47 tahun itu.
Selepas tewas kepada Everton hujung minggu lalu, United bolos dua lagi gol tanpa balas di Old Trafford yang menyaksikan Bernardo Silva dan Leroy Sane meletakkan City kembali di persada liga apabila berkelebihan satu mata dengan pencabar terdekat, Liverpool.
United kini menghuni tangga keenam selepas 35 perlawanan, bergelut untuk merebut tempat empat teratas dengan berbaki lagi tiga.
Anak buah Ole-Gunnar Solskjaer akan berdepan penghuni tangga keempat yang dibezakan hanya empat mata antara mereka, sebelum berkunjung ke laman Huddersfield dan menerima pelawat dari Cardiff sebelum musim ini melabuhkan tirai.
Israr Khalid
Thu Apr 25 2019
Keane mempersoalkan kejujuran Pogba malah menuding jari kepada pemain berusia 26 tahun itu, menyifatkannya sebagai masalah besar kepada United. - Foto REUTERS
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.
Bekas jurulatih China bersalah terima rasuah RM47 juta
Li dituduh memberi dan menerima rasuah serta mengambil bahagian dalam mengatur perlawanan.
EPL: Dua sepakan penalti beri sinar harapan buat MU merebut tempat ke UCL
Fernandes dan Rashford meledakkan jaringan melalui dua sepakan penalti ketika Manchester United meraih kemenangan 2-0 menentang Everton.
EPL: Roy Hodgson dalam keadaan stabil selepas dikejarkan ke hospital
Pengendali berusia 76 tahun berkenaan sepatutnya menghadiri sidang media menjelang aksi menentang Everton awal pagi Selasa.
Manchester City kembali di kelompok empat terbaik
Penyandang juara Manchester City kembali berada dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Everton, 3-1.
EPL: Sentuhan magis Garnacho inspirasi kemenangan Man United di Goodison Park
Garnacho sempurnakan hantaran silang Dalot dengan melakukan sepakan gunting yang menembusi gawang seawal minit kedua permainan.
Langgar peraturan kewangan, Everton hilang 10 mata
EPL merujuk Everton kepada suruhanjaya bebas pada Mac atas dakwaan melanggar peraturan keuntungan dan kemampanannya.
Everton berdepan pemotongan 12 mata akibat terus rugi
Ppengelola liga itu dilaporkan meminta suruhanjaya bebas yang mendengar pertuduhan terhadap kelab Merseyside itu agar dikenakan sekatan.
Dua gol Salah julang Liverpool
Kejayaan itu menyaksikan The Reds mengumpul 20 mata bagi mengatasi dua pencabar terdekat - Tottenham Hotspur dan Arsenal.
Luton Town mula sesuaikan diri tekanan EPL
Anak buah Edwards bertahan untuk menentang asakan sengit Toffees dengan gol dijelmakan Tom Lockyer dan Carlton Morris.