awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dua gol Salah julang Liverpool

Sinar Harian
Sinar Harian
21/10/2023
21:25 MYT
Dua gol Salah julang Liverpool
Pemain Liverpool meraikan kejayaan selepas Mohamed Salah (tengah) menjaringkan gol kedua pasukan ketika perlawanan EPL antara Liverpool dan Everton di Anfield, Liverpool, England, 21 Okt 2023. (Foto AP)
LIVERPOOL berjaya merampas takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas meraih kemenangan 2-0 ke atas jiran tetangga, Everton yang beraksi dengan 10 pemain di Anfield malam tadi.
Kejayaan meraih tiga mata berharga itu menyaksikan The Reds mengumpul 20 mata bagi mengatasi dua pencabar terdekat - Tottenham Hotspur dan Arsenal yang turut merekodkan mata sama.
Namun, Arsenal berpeluang untuk kembali menduduki puncak liga jika berjaya menewaskan Chelsea di Stamford Bridge pada awal pagi ini.
Spurs pula perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga aksi awal pagi Selasa nanti apabila dijadualkan menentang Fulham di Stadium Tottenham Hotspur.
Dalam pertemuan di Anfield malam tadi, Mohamed Salah muncul wira Liverpool apabila meledak kedua-dua gol pada babak kedua.
Biarpun Everton terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Ashley Young dibuang padang pada minit ke-37, Liverpool masih gagal memecahkan kebuntuan gol dalam tempoh 45 minit pertama.
Liverpool hanya berjaya membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Salah pada minit ke-75 selepas bola terkena tangan pertahanan Everton, Michael Keane yang cuba mengekang hantaran lintang Luis Diaz.
Ketika Everton mengatur serangan bagi memburu gol penyamaan, Liverpool mengesahkan kemenangan apabila Salah sekali lagi merobek gawang lawan.
Ia bermula daripada satu serangan balas pantas sebelum bola hantaran Darwin Nunez mudah disudahkan Salah pada penghujung perlawanan.
Dua gol yang terhasil di Anfield itu menyaksikan Salah berjaya merekodkan keseluruhan 201 gol di pentas EPL. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#EPL
#Liverpool
#Mohamed Salah
#Everton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan