Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) menaik taraf kemudahan di semua venue pertandingan dan penginapan menjelang Sukan Para ASEAN Kesembilan, yang akan berlangsung dari 17-23 Sept ini untuk menjadikannya mesra orang kelainan upaya (OKU).
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata menerusi prinsip inklusif dalam penganjuran temasya dwitahunan itu, tumpuan dan persiapan turut diberikan kepada fasiliti untuk orang awam OKU yang dijangka akan hadir ke lokasi pertandingan, selain atlet.
"Pendek kata, kami mahukan pengalaman golongan orang kelainan upaya dan atlet para sewaktu temasya sukan ini sama dengan individu yang lain. Sebanyak 4,000 sukarelawan akan membantu para atlet dan hadirin," kata Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan pada sidang media selepas perhimpunan akhir kontinjen negara di sini, malam Isnin.
"Secara ringkasnya, bagi atlet para, antara kemudahan yang telah ditambah baik ialah restoran di tempat penginapan, tandas atau bilik mandi dengan peralatan yang bersesuaian dan pengangkutan yang mesra kerusi roda untuk mereka yang memerlukan," katanya.
Antaranya kemudahan yang disediakan ialah 150 tempat letak kereta di Tempat Letak Kereta B, Kuala Lumpur Sports City (KLSC) bagi pemandu yang mempunyai pelekat rasmi OKU, perkhidmatan buggy, bas mesra OKU yang turut memudahkan penumpang berkerusi roda dan 1,300 tempat duduk khas bagi mereka yang berkerusi roda di lokasi pertandingan.
Khairy berkata pihaknya juga telah berbincang dengan enam buah hotel yang menempatkan kontinjen negara bertanding, iaitu Hotel Seri Pacific, Hotel Sunway Putra, Hotel Renaissance, Hotel Berjaya Times Square, Hotel Nilai Springs Resort dan Hotel Sunway Clio mengenai kerjasama dalam usaha itu.
Kesemua enam lokasi pertandingan, iaitu Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Velodrom Nasional di Nilai, Kompleks Tenis Jalan Duta, Sunway Mega Lanes dan Putrajaya, turut di naik taraf, katanya.
"Kita juga komited untuk memastikan masalah pengangkutan yang berlaku ketika Sukan SEA tidak berulang. Untuk itu, saya meminta kontinjen negara supaya tidak menukar jadual perjalanan mereka pada minit-minit terakhir," katanya.
Mengenai penyiaran temasya berkenaan, Khairy berkata RTM akan menyiarkan upacara perasmian dan penutupan secara langsung, selain siaran langsung bagi beberapa sukan di laman YouTube rasmi penganjur, Kuala Lumpur 2017.
"Akses ke semua venue pertandingan, termasuk upacara perasmian adalah percuma. Cuma bagi upacara perasmian kita akan edarkan pas untuk mengawal jumlah penonton, manakala bagi venue-venue pertandingan adalah berdasarkan 'first come first serve'," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 11 2017
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyampaikan amanat pada Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur malam Isnin. - Foto BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Hamidin yakin 20 hingga 29 atlet mampu beraksi di Olimpik Paris
Jumlah maksimum boleh mencecah 29 atlet termasuk kelayakan secara merit, tempat kesejagatan dan kuota yang tidak digunakan.
SUKMA: Selangor hantar 1,138 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen Selangor menyasarkan untuk menurunkan 1,138 atlet bagi membawa cabaran dalam semua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak.
Kedah beri ganjaran RM60,000 kepada 24 atlet
Seramai 24 atlet Kedah yang mewakili negara di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dan Sukan SEA Kemboja 2023 menerima insentif keseluruhan berjumlah RM60,000 daripada kerajaan negeri Kedah.
SUKMA: Sarawak hantar 1,000 atlet, tanding semua jenis sukan
Kontinjen tuan rumah, Sarawak akan menurunkan kira-kira 1,000 atlet untuk mengambil bahagian dalam kesemua 37 jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21.
Muay Thai Perak giat jalani latihan intensif hadapi SUKMA 2024
Bernard berkata pasukannya tidak menghadapi sebarang masalah malah berada di landasan tepat dan berjalan seperti yang dirancang.
Perluas caruman KWSP, Perkeso kepada atlet bukan Program Podium - Atlet
Penembak veteran Nur Suryani menyifatkan cadangan itu sebagai adil memandangkan mereka juga memerah keringat mengharumkan nama negara.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
85 atlet Palestin maut dalam serangan Israel di Gaza, Tebing Barat
Kehilangan itu memberi impak yang amat mendalam terhadap komuniti sukan.
Olimpik Paris: Altet Rusia, Belarus dibenar bertanding
Keputusan IOC itu mengesahkan langkah yang dimulakan setahun lalu untuk mengintergrasikan semula Rusia dan sekutu tenteranya Belarus.
CDM yakin lebih ramai atlet negara sahkan slot Olimpik Paris 2024
Keyakinan itu menyusul selepas kejayaan Bertrand Rhodict Lises muncul sebagai atlet Malaysia pertama mengesahkan slot ke Olimpik semalam.