REAL MADRID 1 ATLETICO 0
Zinedine Zidane bertanggungjawab di atas aksi separuh masa pertama yang mengecewakan ketika merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Atletico Madrid dalam saingan LaLiga, semalam.
Jaringan tunggal Karim Benzema melengkapkan kemenangan Los Blancos di Santiago Bernabeu, melanjutkan kelebihan Real ke atas penghuni tangga kedua Barcelona kepada enam mata.
Bagaimanapun, Real gagal menampilkan permainan cemerlang sebelum tamat separuh masa pertama dan bernasib kerana tidak ketinggalan apabila Vitolo dan Angel Correa hampir menjaringkan gol pembukaan buat skuad kendalian Diego Simeone itu.
Zidane melakukan dua pertukaran, memperkenalkan Vinicius Jr -- yang memainkan peranan di sebalik jaringan kemenangan Benzema -- Lucas Vazquez.
"Saya tidak gembira dengan apa yang saya saksikan di atas padang dalam separuh masa pertama. Tetapi ia bukan silap pemain-pemain, ia adalah tanggungjawab saya," kata Zidane.
"Jadi saya mengeluarkan Isco dan Toni [Kroos], tetapi saya mungkin mengeluarkan dua pemain lain. Pertukaran harus dilakukan.
"Lima pemain di bahagian tengah sebelum ini membuahkan hasil. Tetapi tidak untuk perlawanan ini. Kami dapat berasakan sukar untuk mendapatkan rentak dan gagal mengawal permainan.
"Kami memulakan separuh masa kedua dengan cara yang berbeza, membuka ruang dan memberikan tekanan kepada pasukan lawan. Kami menampilkan permainan yang cemerlang dan berhak meraih tiga mata. Kami tidak boleh sentiasa bermain dengan cemerlang sejak permulaan perlawanan."
Real kini selesa mendahului LaLiga serta melangkah ke suku akhir Copa del Rey, manakala berdepan Manchester City dalam pusingan 16 Liga Juara-Juara (UCL).
Zidane bagaimanapun enggan membincangkan potensi untuk mereka merakamkan kejayaan treble.
"Tidak. Kami hanya gembira di atas kemenangan yang diraih hari ini. Kami perlu mengharungi banyak lagi perlawanan sukar, dalam Copa, LaLiga dan UCL. Kami belum menang apa-apa, hanya Piala Super, dan perjalanan masih lagi panjang."
Kekalahan Atleti bermakna mereka telah tewas tiga daripada empat perlawanan dan ketinggalan 13 mata di belakang Real dalam LaLiga.
"Kami bimbang dengan situasi ini," kata pengendali Atleti, Diego Simeone.
"Kami perlu berusaha dan mengubah nasib pasukan. Kami akan bangkit dalam saingan liga dan UCL."
Astro Arena
Sun Feb 02 2020
Zinedine Zidane dilihat sebelum perlawanan La Liga Santander antara Real Madrid dan Atletico Madrid di Santiago Bernabeu, Madrid, Sepanyol, 1 Feb, 2020. REUTERS
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
La Liga: Gol masa kecederaan Marcos Llorente nafi kemenangan Real Madrid
Jaringan awal Brahim Diaz kelihatan sudah memastikan Real mengambil peluang keputusan seri tanpa jaringan Girona bertemu Real Sociedad.
LaLiga: Joao Felix wira Barcelona tundukkan Atletico
Felix muncul duri dalam daging buat Atletico menerusi penyudahnya dalam separuh masa pertama untuk kemenangan 1-0 awal pagi tadi.
Alaba mohon maaf kepada penyokong Real Madrid susulan tewas kepada Atletico
Dalam ketiga-tiga kejadian, Alaba gagal mengawal pergerakan Alvaro Morata sebanyak dua kali dan Antoine Griezmann.
Felix dedah punca tinggalkan Atletico Madrid
Pemain itu menyertai Atletico dengan bayaran sebanyak 126 juta Euro pada 2019, namun bergelut untuk merealisasikan potensinya.
Copa del Rey: Llorente pacu kemaraan Atletico ke suku akhir
Pasukan bimbingan Diego Simeone itu hanya mencatatkan satu kemenangan daripada enam perlawanan LaLiga terakhir.
Atletico dikecam ekoran insiden perkauman terhadap Vinicius
Menurut kelab itu, perkara tersebut 'tidak boleh diterima' dan mereka tidak akan berhenti sehingga pelakunya ditemui dan dihukum.
Saga Griezmann: Barcelona mahu saman Atletico Madrid
Barcelona dan Atletico Madrid kini sedang bertelagah mengenai klausa pembelian Griezmann secara tetap.
Liga Juara-Juara: Atletico Madrid tewas kepada Athletic Bilbao
Atletico Madrid terlepas peluang memperkukukan kedudukan dalam kelompok empat teatas selepas tewas 0-2 kepada Athletic Bilbao.
Liga Juara-Juara: Manchester City ke separuh akhir biarpun terikat dengan Atletico Madrid
Jaringan tunggal Kevin De Bruyne dalam perlawanan pertama minggu lalu memberikan pasukan bimbingan Pep Guardiola itu kelebihan tipis.
Simeone dibaling objek penyokong Manchester United
Sebaik wisel penamat ditiup, Simeone bergegas pergi tanpa berjabat tangan dengan Ralf Rangnick.