Keluarga mendiang Lim Tang Too sepatutnya mendapat tempat dalam Guinness Book of World Records kerana mempunyai anggota yang paling banyak menjadi doktor.
Kesemua mereka berjumlah 45 orang, yang merupakan anak, cucu dan cicit Lim.
Lim, yang meninggalkan balunya, Loo Siew Chin, sentiasa memberi penekanan terhadap pendidikan bagi kesemua 11 anak mereka, dan hasilnya, lapan daripada mereka menjadi doktor.
Loo, 95, yang pernah menjadi penoreh getah bersama suaminya, berkata walaupun menghadapi kesukaran untuk menyara keluarga besar dengan pendapatan mereka yang tidak seberapa, tetapi mereka tidak pernah patah semangat untuk melihat kesemua mereka berjaya dan menikmati kehidupan yang selesa.
Hari ini, dalam keluarga berkenaan terdapat 45 doktor, 20 daripada mereka adalah doktor pakar dan seorang bergelar profesor madya di Universiti Malaya.
Daripada sembilan anak lelaki dan dua anak perempuan Loo, anak lelaki sulungnya, Datuk Dr Lim Boon Sho, kini mengendalikan Klinik Lim di Nibong Tebal.
Menurut Dr Boon Sho, bapanyalah yang memberi semangat kepada mereka untuk menjadi doktor supaya dapat menolong adik beradik lain yang sering sakit.
Dr Boon Sho, anggota kelurga Lim yang pertama mendapat kelulusan sebagai doktor, berkata dia mula mengikuti pengajian dalam bidang perubatan di India pada 1964.
"Semasa kanak-kanak, kami sering jatuh sakit dan bapa saya menghantar kami ke hospital besar untuk mendapatkan rawatan.
"Disebabkan sering dihimpit kekangan kewangan, bapa saya mendapat idea agar terdapat seorang doktor dalam keluarga kami agar dia boleh menjaga yang lain.
"Setelah saya menamatkan pengajian, seorang demi seorang adik beradik saya mengambil laluan sama," katanya kepada Bernama pada majlis makan malam keluarga itu.
Dr Boon Sho, yang pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Bakap dari 1986 hingga 1990, berkata selepas kematian bapanya sembilan tahun lalu, keluarga itu menjadi semakin menyintai dunia perubatan.
"Kami adik-beradik sering berbual mengenai perubatan, tetapi kami tidak memaksa anak kami menjadi doktor, cuma ingin mereka mendapat pendidikan yang baik," katanya.
Daripada 10 adik beradik Dr Boon Sho, tujuh menjadi doktor iaitu Dr Lim Boon Sin, 68, Dr Lim Boon Ben, 66, Dr Lim Boon Seng, 64, Dr Lim Boon Hock, 59, Dr Lim Boon Han, 55, Dr Lim Boon Kiong, 52 dan Dr Lim Boon Aik, 50.
Kakak sulung Dr Boon Sho, Lim Ai Hwa, 76, adalah suri rumah, adik lelaki bongsunya, Lim Boon Tai, 62, menjadi ahli perniagaan dan adik perempuan bongsunya, Lim Ai Ching, menjadi peguam.
Sementara itu, Dr Boon Han, yang juga pengerusi Gerakan Nibong Tebal, berkata dengan terdapat lebih 45 doktor dan pakar dalam keluarga itu sekarang, ada perancangan untuk membuka sebuah hospital swasta yang dikendalikan kelurga Lim.
"Mungkin suatu hari nanti, kami dapat perkenalkan sebuah hospital keluarga Lim, tetapi semua itu masih terlalu awal dan baru di peringkat perancangan," katanya.
Menurut beliau, keluarga itu yang kini mempunyai kira-kira 100 anggota daripada empat generasi, menjadikan suatu kemestian bagi mereka untuk berkumpul pada setiap kali sambutan Tahun Baharu Cina, dengan perubatan menjadi topik utama perbincangan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2017
Loo Siew Chin, 95, (duduk tengah) berasa bangga kerana berjaya membesarkan lapan daripada sebelas anaknya menjadi doktor, seorang ahli peniagaan dan seorang lagi peguam. - fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.
Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.
Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.
WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.
Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.
Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19
COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.
MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.
WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis