Sebanyak 49 peratus pekerja di Malaysia dijangka meninggalkan pekerjaan mereka untuk memulakan perniagaan sendiri, demikian menurut kajian terkini Workmonitor suku pertama 2020 oleh Randstad Malaysia.
Hasrat tersebut dikongsikan oleh 56 peratus responden berusia 25 hingga 34 tahun berbanding 28 peratus responden antara 55 hingga 67 tahun menerusi kajian yang dijalankan mulai 13 hingga 30 Mac, 2020 melibatkan sekurang-kurangnya 400 saiz sampel bagi setiap pasaran.
Randstad dalam kenyataan hari ini berkata, kajian itu turut menunjukkan pekerja generasi muda lebih berminat menjadi usahawan dengan 82 peratus daripada generasi Z dan 76 peratus responden generasi muda memaklumkan bidang itu memberikan mereka lebih banyak peluang.
Sebaliknya, Randstad berkata, hanya 68 peratus daripada mereka yang berusia antara 55 dan 67 tahun berminat untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian.
Pengarah Urusan Malaysia dan Singapura, Jaya Dass berkata mereka berminat untuk memulakan perniagaan sendiri pada usia yang lebih muda berikutan komitmen kewangan yang lebih kecil dan perspektif masa depan yang lebih luas.
"Dengan pelbagai kemahiran teknologi oleh generasi muda berikutan perkaitan mereka dengan dunia digital, majikan menghadapi tekanan untuk mencari jalan bagi menarik dan mengekalkan para pekerja ini.
"Adalah penting untuk syarikat berada sealiran dengan jangkaan pekerja dan memastikan usaha yang secukupnya dalam memaksimumkan pengalaman positif kepada pekerja," katanya.
Sehubungan itu, Dass berkata majikan boleh memulakan usaha itu dengan mempelajari faktor penjenamaan yang penting dan menarik perhatian generasi muda serta memahami kehendak mereka dalam kerjaya, dan membuat perubahan kecil dan berperingkat untuk menarik lebih ramai tenaga kerja dan meningkatkan pengekalan pekerja.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 15 2020
Hanya 68 peratus daripada mereka yang berusia antara 55 dan 67 tahun berminat untuk menceburi bidang keusahawanan walaupun mempunyai kemampuan kewangan untuk berbuat demikian. - Gambar hiasan
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Sistem tagal bukan sekadar konservasi ikan Sungai Moroli, malah jadi tarikan pelancong
Tagal, sistem konservasi hidupan akuatik sungai diwarisi bergenerasi lamanya penduduk negeri ini mewujudkan simbiosis dengan menyediakan bekalan makanan mampan buat penduduk.
Jangkauan pasaran industri pembrokeran harus berubah dalam persekitaran teknologi disruptif
Industri pembrokeran saham perlu bersaing dan mengubah cara ia menjangkau pasaran dalam persekitaran teknologi disruptif.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Martabatkan seni pantun dalam kalangan generasi muda
Generasi muda pada masa kini perlu diberi pendedahan secara lebih meluas mengenai seni pantun bagi memartabatkan warisan budaya masyarakat.
Generasi muda main peranan penting pastikan Malaysia bebas rasuah
Sokongan dan komitmen generasi muda memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia bebas daripada rasuah.
Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa
Beliau mendapati golongan remaja Perak terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek negeri itu.
Festival silat platform promosi, warisan untuk generasi muda - Aminuddin
Penting untuk semua pihak menyokong usaha kerajaan Negeri Sembilan dalam memelihara dan mempromosikan seni silat.
Pelajar Malaysia di luar negara perlu kembali, terajui pembangunan negara - Johari
Johari berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.