Bagi peminat ikan air tawar sekiranya mahu mendapatkannya anda dipelawa berkunjung ke Pekan Sehari di sini pada pagi Ahad. Tambahan pula pada musim kemarau seperti sekarang ini adalah musim terbaik untuk peminat ikan sungai membelinya.
Bagaimanapun, bagi sesetengah orang luar mungkin akan tertarik dengan gelagat penjual ikan sungai yang saling berteriak menarik perhatian pembeli.
Jika fikiran membayangkan suasana seperti kebiasaan pasar malam di bandar, sudah pasti hanya 'kekecewaan' yang dirasai kerana tiada meja, tiada payung mahupun mesin penimbang dapat disaksikan di tapak jualan.
Cukup dengan hamparan plastik atau sesetengah peniaga menggunakan daun pisang manakala pelbagai jenis ikan sungai sekadar dilonggokkan mengikut saiz kerana semua harga jualan adalah secara 'longgok'.
"Senang macam ini... sebab dari dulu lagi memang begini caranya. Kita pun bukan hendak berkira sangat dengan harga," kata seorang penjual Abdul Rani Mohd Kasdi semasa ditemui Bernama di sini, baru-baru ini.
Abdul Rani, 40, berkata musim kemarau menyebabkan air sungai menjadi cetek hingga mudah untuk menangkap ikan dan hasilnya pun banyak. Sebab itulah musim kemarau adalah masa yang terbaik bagi peminat ikan air tawar untuk mendapatkan harga ikan yang murah.
PEMINAT TERSENDIRI
Contohnya, anak kelahiran Kampung Tebal di sini menunjuk ke arah ikan seluang, lampam, kerai, tengalan dan lampam 'dihimpunkan' bersaiz sederhana sebanyak enam hingga tujuh ekor dan lebih banyak jika bersaiz kecil dijual pada harga antara RM5.00 ke RM10 selonggok.
Bagaimanapun, Abdul Rani mengakui bahawa spesies ikan sungai yang sukar diperoleh seperti tamalian atau juga dikenali sebagai tomoleh masih kekal iaitu sekitar RM30 sekilogram atau RM70 untuk seekor.
"Walaupun mahal, ikan sungai ini ada peminatnya tersendiri dan cara masak juga mudah. Ikan tamalian ini sedap dimasak lemak cili api dicampur dengan belimbing buluh bagi menggantikan asam keping.
"Ikan-ikan kecil pula cukup hanya digaul dengan garam dan kunyit sebelum digoreng garing," katanya yang ligat membungkus ikan yang diminta pelanggan dengan suratkhabar sebelum dimasukkan ke dalam beg plastik.
Abdul Rani menjelaskan beliau boleh memperoleh pendapatan antara RM300 ke RM400 seminggu pada musim panas yang disifatkannya sebagai 'keringat menahan jaring', berbanding kurang daripada RM200 pada waktu lain.
RAHMAT MUSIM KEMARAU
Seorang lagi peniaga ikan sungai, Zulfadli Abdul Latif, 49, yang berasal dari Kampung Seberang Temerloh di sini, turut mengakui musim kemarau sebagai pembawa rezeki tambahan meskipun lebih penat untuk mencari ikan.
Beliau yang berniaga bersama-sama sepupunya Rohaniza Mohd Mokhtar, 28, berkata pembeli ikan sungai di pekan sehari yang dikatakan pasar pagi terpanjang di Pahang itu tidak pernah merungut tentang ikan yang dibeli kerana kualitinya amat terjamin.
"Ikan yang dijual biasanya ditangkap sehari dua sebelum Ahad. Tidak ada yang disimpan selama seminggu. Sebab itu rasa manis ikan masih ada... itu yang menjamin kesedapan ikan walaupun hanya digoreng," katanya.
Zulfadli yang mencari ikan sungai secara sambilan menambah ikan yang tidak habis dijual juga tidak akan 'dikitar semula', sebaliknya diproses menjadi pekasam Pahang yang hanya menggunakan garam, kunyit dan asam keping.
Ikan sungai yang diproses menjadi ikan pekasam menggunakan beras yang digoreng dan dikisar juga mendapat sambutan hangat pengguna ekoran aromanya yang dapat membangkitkan selera apabila digoreng, katanya.
"Daripada dibuang begitu sahaja, baik dijadikan pekasam. Hendak dibawa balik, anak-anak tidak begitu seronok. Jemu barangkali kerana sejak kecil selalu lihat ayahnya bawa balik ikan sungai," katanya sambil tersenyum.
SIAP DISIANG
Zulfadli berkata satu keunikan di pasar pagi itu ialah semua ikan sungai yang dijual adalah 'produk siap' kerana telah dibuang sisik dan disiang, sekali gus memudahkan pembeli kerana mereka hanya perlu mencuci dan terus dimasak.
"Ikan sungai ini kecil dan bersisik. Bayangkan jika dibeli dalam jumlah yang banyak... kami dah biasa, tapi letih jugalah jika menyiang ikan bersaiz dua jari untuk beberapa jam," katanya.
Mengulas mengenai gelagat pembeli, Zulfadli berkata ada masanya beliau tersenyum sendiri apabila melihat pembeli sukar membezakan jenis ikan di hadapannya kerana pada pandangan mata kasar, beberapa jenis ikan kecil itu kelihatan seakan-akan sama.
Pernah juga beberapa kali 'berdebat' mengenai jenis ikan kerana pembeli tidak mahu mengakui 'silap' sebaliknya bermati-matian mempertahankan pendapat mereka.
"Mula-mula sibuk juga kita nak betulkan, tapi bila dah lihat semangatnya dia (pembeli), kita hanya mampu senyum sahaja. Yang penting mereka beli (ikan)," katanya.
Bernama
Sat May 14 2016
Ikan sungai seperti patin mempunyai ramai peminatnya di negara ini, dan permintaan terhadap bekalannya semakin meningkat di bandar-bandar besar di seluruh negara. - Gambar hiasan/towardsmardhatillah.wordpress.com
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
TMM2024: Beli cenderamata, peluang dapat hadiah kereta dan motosikal - Ab Rauf
Kerajaan Melaka memperkenalkan kaedah baharu bagi cabutan bertuah sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) menerusi pembelian cenderamata khas TMM2024, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ikan air tawar diancam kepupusan
Ancaman itu disebabkan peningkatan kesan perubahan iklim dan akibat tangan manusia terhadap hidupan liar di bumi ini.
Perak mohon KPKM wujudkan lebih banyak pusat pembenihan ikan air tawar
Mohd Zolkafly berkata, kerajaan negeri akan membawa cadangan itu ke meja rundingan bersama KPKM dan agensi berkaitan dalam masa terdekat.
Kerajaan digesa tangani masalah kekurangan benih ikan air tawar
Pengusaha dan penternak ikan air tawar menggesa kerajaan agar segera menangani masalah kekurangan benih ikan yang menjadi cabaran besar pemain industri itu.
Berputih mata 8 tan ikan air tawar mati
Pengurus kolam berkata, kejadian terbabit disedarinya pada jam 7.30 pagi ketika dia mahu memulakan operasi.
Remaja AS pancing ikan berwarna putih
Ia merupakan spesies terbesar di Amerika Utara dan pada kebiasaanya berwarna biru tidak kuat.
Kedah pandang serius perbuatan khianat terhadap ikan
Antara kaedah penangkapan ikan yang dilarang ialah penggunaan arus atau renjatan elektrik, bom ikan, menuba ikan atau menggunakan racun dan kaedah menembak ikan.
23 penternak rugi RM1.3 juta, ikan air tawar mati akibat banjir buruk
Arus deras dan berlumpur telah menyebabkan kematian ikan seperti tilapia dan patin yang diternak dalam sangkar.
Banjir Sabah: Nelayan pasang pukat cari 'rezeki' ikan air tawar
Jeffrey Ongod mula memasang pukat pada pagi Ahad selepas kawasan rumahnya dinaiki air susulan hujan berterusan di Kota Marudu.
Pencemaran Sungai: Kerajaan Kelantan tunggu laporan lengkap JAS
Kerajaan Kelantan akan mendapatkan laporan lengkap daripada JAS berhubung kematian ribuan ikan air tawar di permukaan Sungai Ketil.