SEJAK selepas hari penamaan calon pada Sabtu lepas, mereka yang dimajukan oleh parti masing-masing untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 ini pun disahkanlah sudah sebagai calon.
Ada segelintir daripada mereka yang baru dikenalpasti dalam tempoh 24 jam terakhir sebelum penamaan calon. Mereka itu calon pengganti yang dinamakan atas beberapa sebab menjadikan calon yang namanya diumumkan oleh parti masing-masing sebelum itu mula dikenali sebagai "bekas bakal calon".
Sejak selepas Sabtu itu, calon-calon yang sah itu pun mula berkempen untuk mendapatkan undi — mengetuk pintu dari rumah ke rumah, masuk pasar keluar pasar dan tidak kurangnya naik turun pentas ceramah.
Mereka yang beragama Islam pula mula singgah solat jemaah di surau dan masjid — dan sesetengahnya, rajin juga menghebahkan kepada dunia melalui Twitter bahawa mereka sudah sembahyang: "Baru selesai solat Subuh bersama penduduk Kg. Serampang Tiga" atau "Saya ceramah di Taman Bunga selepas solat Maghrib jemaah dengan penduduk setempat."
Inilah masanya pemimpin mesra — dan adakalanya terlebih mesra atau cuba mesra — dengan rakyat. Inilah masanya kita diperkenalkan atau, bagi kita yang mahu ambil tahu, cuba berkenalan dengan calon yang bertanding.
Calon pilihan raya ini ada bermacam-macam jenis dan mereka terbahagi kepada beberapa kategori berikut:
Kategori pertama ialah calon boleh menang. Secara umumnya, semua calon yang bertanding dalam pilihan raya jatuh dalam kategori ini, sama ada dianggap boleh menang oleh parti yang mencalonkan mereka atau mereka sendiri yang perasan diri bahawasanya tiadalah orang lain yang boleh menang melainkan dirinya seorang saja.
Tanggapan boleh menang yang pertama adalah satu amanah, kepercayaan dan harapan. Jenis yang kedua itu pula adalah satu penyakit, dan penyakit itu cukup bahaya. Ia bahaya bukan saja kepada parti yang diwakili oleh seseorang ahli politik itu tetapi kepada tuan punya tubuh sendiri.
Ini kerana kalau rasa percaya diri itu sudah terlalu tinggi, cakap apa pun tidak ada gunanya — cakap dia seorang saja yang betul dan sesungguhnya hanya dia seorang sajalah calon yang boleh menang dan tidak ada orang lain.
Kalau sudah jadi macam itu, mereka ini akan masuk kategori baru iaitu calon langgar parti. Mereka ini jadi calon bebas melawan calon parti sendiri. Mereka ini sanggup berkerat rotan berpatah arang dengan parti yang selama ini mereka ikut berjuang. Setelah bertahun-tahun jadi orang parti, mereka akhirnya memilih untuk jadi musuh parti. Apakah tindakan mereka itu menguntungkan atau memakan diri, rakyatlah yang akan menentukan pada hari pengundian nanti.
Ada yang mengatakan calon langgar parti itu sengaja menempa jalan penamat karier atau dalam erti kata lain, bunuh diri dalam politik. Boleh jadi betul, boleh jadi tidak. Tetapi apa yang pasti, calon langgar parti tidak sama dengan dengan calon bunuh diri.
Calon bunuh diri adalah gelaran yang sesuai untuk beberapa orang calon yang bertanding di kerusi yang sukar, dan sesetengah mereka ini termasuk orang kanan dalam parti masing-masing.
Tidak susah untuk mengenal calon bunuh diri. Pertama, lihat berapa jumlah undi majoriti yang dimenangi oleh parti lawan pada pilihan raya umum 2004 dan 2008. Kedua, lihat pula siapa calon lawannya. Kalau jumlah undi yang dimenangi oleh parti lawannya mencecah sampai 20 atau 30 ribu, calon yang mencabar parti penyandang itu mungkin calon bunuh diri.
Tetapi calon bunuh diri itu, siapa tahu, boleh juga jadi calon pembunuh gergasi sekiranya pada hari pengundian nanti tengok-tengok dia yang jadi pilihan rakyat.
Namun ada satu kategori calon yang agak menarik perhatian dalam pilihan raya umum kali ini iaitu calon boleh menyanyi.
Ada tiga calon yang kita cukup kenal. Pertama, Aishah yang bertanding di Parlimen Jempol melawan bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dalam pertembungan yang diberi julukan sebagai pilihan antara janji manismu dengan janji ditepati.
Kedua, Dayangku Intan yang bertanding di Parlimen Pengerang melawan penyandangnya, Datuk Azalina Othman Said. Pertandingan di kerusi itu jadi tumpuan terutamanya kerana ini adalah pilihan raya pertama yang sebenarnya bagi Azalina selepas dua kali menang tanpa bertanding berturut-turut dalam dua pilihan raya sebelum ini.
Pada 2004, Azalina menang selepas calon yang dikemukakan oleh Pas didapati mufilis dan tidak layak bertanding. Pada 2008, Azalina menang selepas hanya beliau seorang saja yang datang mengemukakan pencalonan.
Ketiga, Herman Tino yang pernah popular lebih kurang 25 tahun lalu dengan lagu Ojo Kesandung bertanding sebagai calon bebas di kerusi Parlimen Tanjong Karang melawan penyandangnya, Datuk Noh Omar yang mewakili BN.
Tetapi dalam pilihan raya umum kali ini, ada seorang lagi calon boleh menyanyi yang juga jadi perhatian iaitu calon Barisan Nasional daripada MCA yang bertanding di kerusi Parlimen Bukit Bintang, Frankie Gan Joon Zin. Beliau memulakan kempennya beberapa jam selepas disahkan sebagai calon dengan mengumumkan manifesto untuk Bukit Bintang dan melancarkan CD dan DVD karaoke.
Caranya itu menarik perhatian biarpun sesetengah orang mempersoalkannya — hendak jadi wakil rakyat atau hendak menyanyi tetapi Frankie ada alasannya sendiri.
Frankie dan rakan-rakannya dalam MCA turut memuat naik satu video yang menampilkan pemimpin MCA Wilayah Persekutuan menyanyikan lagu daripada era disko, Love is in the Air yang pernah dipopularkan oleh John Paul Young pada akhir tahun 1970-an.
Antara yang ditampilkan dalam klip video itu termasuk calon BN bagi kerusi Parlimen Seputeh, Nicole Wong Siaw Ting; calon BN bagi kerusi Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Kok Eng dan calon BN bagi kerusi Parlimen Cheras, Teoh Chee Hooi.
Tetapi baik mereka ini calon boleh menyanyi atau calon boleh menang, hanya rakyatlah yang akan menentukan pada hari pengundian nanti dan pada akhirnya, calon yang jadi pilihan mereka itu akan mencerminkan kehendak rakyat itu sendiri.
Noor Azam Shairi
Thu Apr 25 2013
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ancaman bom: Pusat Kargo KLIA gempar ancaman bom, rupanya laptop
Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) gempar apabila mesin pengimbas menerima bungkusan tertera ayat ancaman bom, pada Khamis
WFP: Utara Gaza diancam kebuluran kritikal
Timbalan Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP), Carl Skau, menegaskan perlunya lebih banyak akses bantuan untuk mengatasi masalah kebuluran yang kritikal di utara Gaza.
Tentera AS mula pembinaan jeti sementara di Gaza
Tentera Amerika Syarikat memulakan pembinaan jeti sementara bagi penghantaran bantuan ke Gaza, diumumkan oleh Setiausaha Akhbar Jabatan Pertahanan, Patrick Ryder.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Alif Satar perluas kempen #GengSubuhMacamJumaat ke UK
Alif akan bekerjasama dengan kedutaan Malaysia di UK bagi merealisasi inisiatif berkenaan.
PRK Kemaman: Hujan lebat tidak halang kempen calon BN
Hujan lebat sejak subuh tidak menghalang calon Barisan Nasional untuk meneruskan kempennya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Kemaman: SPR tubuh lima pasukan penguat kuasa kempen
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan lima Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya bagi memantau aktiviti calon yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.
PRK Pelangai: Kempen secara berhemah - Jalaluddin Alias
Jalaluddin berkata mereka seharusnya berbicara soal dasar dan perancangan yang ingin dilaksana bagi membolehkan rakyat membuat pilihan.
PRK: Suhu kempen masih suam, perang poster, bendera hambar
Suhu kempen bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram masih lagi suam-suam kuku dengan "enjin" jentera kempen bagi parti-parti yang bertanding dilihat
PRN: Jangan terpengaruh hasutan pengkhianat parti - Nazri Aziz
Pemimpin yang sudah meninggalkan parti tidak lagi relevan untuk bercakap soal survival UMNO, tegas Nazri.
PRN: 'Berkempen tak payah maki hamun' - Anwar ingatkan Muhyiddin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin agar tidak menggunakan pentas ceramah politik untuk memaki hamun parti lawan.
PRN: 'Orang UMNO jangan serang UMNO, serang musuh' - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan ahli UMNO untuk tidak menyerang kepimpinan parti sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: KPT bukan 'polis' pantau mahasiswa berpolitik - Khaled Nordin
Kementerian Pengajian Tinggi bukan 'polis' untuk memantau penglibatan mahasiswa dalam aktiviti politik sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
DAP Kelantan tumpu sembilan DUN bantu menangkan calon PH-BN
Pengerusi DAP negeri Datuk Azaha Abdul Rani berkata setiap DUN berkenaan mempunyai jumlah pengundi bukan Melayu melebihi 2,000 orang.