Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan menjumpai kotak hitam kedua pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.
Kotak hitam kedua yang mengandungi perakam suara kokpit itu kini berada di Jakarta untuk dianalisis.
Ketua Majlis Keselamatan dan Pengangkutan Indonesia (KNKT), Tatang Kurniadi berkata sebelum itu beberapa pegawai bertanggungjawab telah ditugaskan mengambil kotak hitam tersebut dari kapal KRI Banda Aceh dan menerbangkannya ke Pangkalan Bun.
“Buat masa ini, saya telah menerima maklumat nombor siri di kotak hitam tersebut dalam bentuk penulisan, namun sebagai seorang pegawai yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk mengesahkannya, penting untuk saya melihatnya sendiri,” kata Tatang.
Sementara itu, di Surabaya pasukan pengecaman mangsa bencana (DVI) mengesahkan mengenal pasti dua lagi jasad mangsa.
“Dua belas lagi mangsa masih lagi dalam proses kenalpasti dan kini berada pada peringkat ante-mortem dan post-mortem,” kata ketua Pasukan Pengecaman Mangsa Bencana (DVI), Dr Budi Yono.
Sehingga kini, 36 jasad daripada 48 yang dijumpai dikenal pasti pasukan terdiri daripada pakar forensik dari Indonesia, Malaysia, Singapura, Australia dan Arab Saudi.
Jasad yang sudah dikenal pasti identiti diserahkan kepada keluarga urusan pengkebumian.
Astro Awani
Tue Jan 13 2015
Tatang dengan kotak hitam kedua yang mengandungi perakam suara kokpit yang kini sudah berada di Jakarta. - Foto AP
Battle Of The Reds: Legenda Liverpool masih bertenaga
Legenda Manchester United terpaksa akur dengan kekalahan kepada legenda Liverpool dengan jaringan 4-2.
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Dijadual ke KL, pesawat AirAsia X melencong ke Melbourne gara-gara silap kemudi
Sebuah pesawat AirAsia X ke Kuala Lumpur yang berlepas dari Sydney, Australia melencong arah ke Melbourne gara-gara kesilapan pengemudian.
Jurutera bunuh diri kerana percaya dirinya punca nahas AirAsia
Seorang jurutera pesawat bertindak membunuh sendiri kerana percaya dirinya merupakan penyebab berlakunya nahas pesawat AirAsia QZ8501
Bahagian utama fiuslaj pesawat AirAsia QZ8501 ditemui
Bahagian utama badan pesawat AirAsia QZ8501 yang nahas pada 28 disember lalu ditemui pada petang Rabu.
AirAsia QZ8501: Kotak hitam kedua berada di Jakarta untuk dianalisis
Pihak berkuasa Indonesia mengesahkan menjumpai kotak hitam kedua pesawat AirAsia Indonesia QZ8501. Kotak hitam kedua yang mengandungi perakam suara kokpit itu kini berada di Jakarta untuk dianalisis.
AirAsia QZ8501: Airbus harap kotak hitam dapat kenal pasti punca nahas
Syarikat pengeluar pesawat Airbus berharap penemuan kotak hitam pesawat Airasia Indonesia Penerbangan QZ8501 dapat merungkai punca insiden itu, kata Pegawai Eksekutifnya, Fabrice Bregier.
QZ8501: Polri nafi pengkebumian beramai-ramai
Polis Indonesia akan memastikan proses pengkebumian beramai-ramai penumpang AirAsia QZ8501 tidak akan dilaksanakan.