OPENAI kini menjadualkan sebuah acara pengumuman khas pada awal minggu hadapan, iaitu pada Selasa 14 Mei 2024.

Tiada sebarang maklumat yang dikongsikan buat masa ini berkaitan apakah yang bakal diumumkan.

Namun, CEO OpenAI Sam Altman menekankan bahawa ia bukan pengumuman sebuah enjin carian atau pun kemas kini kepada model GPT-5.

Ia ditekankan yang mana sebuah penawaran baharu akan diperkenalkan yang mungkin akan diminati ramai.

Mengikut beberapa spekulasi sebelum ini, OpenAI dikatakan sedang membangunkan enjin carian yang akan diintegrasikan pada ChatGPT dalam memudahkan pengguna mendapatkan pelbagai maklumat terkini.

Selain itu, mengikut beberapa laporan awal juga, ia dikatakan OpenAI sedang membangunkan sebuah pembantu maya berasaskan suara yang boleh mengenal pasti objek dan imej – serta berinteraksi dengan lebih baik bersama manusia.

Dengan beberapa hari sahaja lagi, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh OpenAI.

Untuk makluman, acara berkenaan dijadualkan sehari awal berbanding acara Google I/O yang turut dijangka memfokuskan kepada kecerdasan buatan. -Amanz