awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Malaysia: Ini senarai penuh 16 pasukan yang layak bertanding
Rainbow Six Siege digodam, pemain terima kredit AS$13 juta
AFCON: Ivory Coast, Cameroon sia-siakan peluang mara awal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal, Perak sedikit berubah

Bernama
Bernama
07/01/2015
02:37 MYT
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal, Perak sedikit berubah
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal, manakala di Perak ia mencatat penurunan sedikit setakat 9.30 pagi ini. - Gambar Fail
Jumlah mangsa banjir di Pahang dan Kelantan kekal, manakala di Perak ia mencatat penurunan sedikit setakat 9.30 pagi ini, menjadikan keseluruhan jumlah mangsa 27,108 orang berbanding 27,181 orang malam tadi.
Di PAHANG, jumlah mangsa di 94 pusat pemindahan di enam daerah tidak berubah iaitu 18,171 orang sama seperti malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, daerah Pekan menempatkan mangsa paling ramai iaitu 9,961 orang diikuti Temerloh (3,010 orang), Maran (2,779 orang), Kuantan (1,127 orang), Bera (731 orang) dan Jerantut (563 orang).
Di PERAK, keadaan semakin pulih dengan jumlah mangsa menurun kepada 4,993 orang daripada 1,361 keluarga berbanding 4,956 orang daripada 1,385 keluarga malam tadi dengan dua lagi pusat pemindahan ditutup.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak berkata jumlah mangsa banjir di Perak Tengah kini 3,766 orang, Hilir Perak (306 orang), Hulu Perak (594 orang), Manjung (160 orang) dan Kuala Kangsar (57 orang).
Di KELANTAN, jurucakap MKN negeri berkata jumlah mangsa di pusat pemindahan kekal 4,054 orang di empat jajahan iaitu Kuala Krai (1,817 orang), Gua Musang (1,662 orang), Tanah Merah (387 orang) dan Machang (188 orang).
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#banjir
#Kedah
#Kelantan
#Muhyiddin Yassin
#Pahang dan Perlis
#Perak
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan