awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB maklum perkembangan terkini kepada pemegang bon Dolar AS

Bernama
Bernama
24/05/2016
04:53 MYT
1MDB maklum perkembangan terkini kepada pemegang bon Dolar AS
1MDB komited kepada dialog terbuka dengan pemegang bon dalam seluruh proses ini dan akan ada komunikasi selanjutnya dalam masa terdekat. - Gambar fail
1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan komunikasi pertama untuk memberi makluman terkini berkenaan bon dalam denominasi dolar AS kepada pemegang bon tersebut.
Dalam satu kenyataan, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu berkata komunikasi pertama itu dibuat semalam bagi memaklumkan pemegang bon tentang perkembangan terkini status bon, menerangkan langkah-langkah proses seterusnya dan juga menjelaskan mengenai pelan rasionalisasinya.
Selain itu, latar belakang kepada keputusan 1MDB untuk tidak membuat pembayaran faedah bagi nota Langat juga dibincangkan.
1MDB juga mengulangi komitmen untuk bekerja secara terbuka dengan firma Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company, untuk menyelesaikan pertikaian itu, mengenai obligasi kedua-dua pihak berkenaan dengan nota tertentu yang diterbitkan secara umum.
"1MDB komited kepada dialog terbuka dengan pemegang bon dalam seluruh proses ini dan akan ada komunikasi selanjutnya dalam masa terdekat.
"1MDB meminta pemegang bon yang belum berbuat demikian supaya memaklumkan identiti dan pegangan mereka kepada DF King Ltd," kata syarikat itu, sambil menambah bahawa DF King adalah ejen pengenalan dan maklumat 1MDB.
Topic Berkaitan
#1MDB memulakan komunikasi pertama untuk memberi makluman terkini berkenaan bon dalam denominasi dolar AS kepada pemegang bon itu
#DF King Ltd
#International Petroleum Investment Company
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan