awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro

Bernama
Bernama
18/04/2022
07:14 MYT
25 kakitangan ERL bantu operasi Makkah Metro
Seramai 25 kakitangan ERL akan dipinjamkan bagi tempoh dua hingga tiga bulan dan pasukan pertama akan berlepas pada Rabu depan disusuli pasukan kedua pada 20 Mei ini. - Facebook Express Rail Link
KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menghantar 25 kakitangannya ke Arab Saudi bagi menyokong operasi Al Mashaaer Al Mugaddasah Metro Line (Makkah Metro) sempena musim haji tahun ini, selepas dua tahun tidak dapat melakukannya susulan pandemik COVID-19.
Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor berkata, ini merupakan tahun kesembilan penglibatan ERL dalam memberikan sokongan operasi kepada Makkah Metro sejak 2012.
Beliau berkata kejayaan tersebut hasil usaha sama dengan China Railway Construction Corporation (CRCC) yang dilantik kerajaan Arab Saudi sebagai syarikat operasi tren untuk mengendalikan laluan Makkah Metro.
"ERL amat berbesar hati kerana diberikan kepercayaan sekali lagi untuk menyediakan staf yang berpengalaman dan kompeten oleh CRCC untuk tempoh tiga tahun akan datang sehingga 2024.
"Namun, berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya, mereka akan berdepan cabaran baharu dalam menggalas tugasan kali ini memandangkan situasi wabak masih belum bernoktah," katanya pada majlis penghantaran kakitangan ERL ke Metro Makkah bagi menyokong operasi musim haji 2022 di KL Sentral hari ini.
Seramai 25 kakitangan ERL akan dipinjamkan bagi tempoh dua hingga tiga bulan dan pasukan pertama akan berlepas pada Rabu depan disusuli pasukan kedua pada 20 Mei ini.
Mereka akan dipertanggungjawabkan untuk pengurusan stesen, platform dan operasi bilik menunggu, kawalan operasi dan pemandu tren.
Sementara itu, seorang kakitangan ERL Teddi Hadianto Mohd Nuur, 42, melahirkan kesyukuran kerana dipilih untuk ditugaskan buat pertama kali dalam membantu operasi Makkah Metro.
"Saya berharap kawan-kawan lain yang ada pengalaman dapat berkongsi dan bantu saya supaya lebih bersedia. Mungkin tahun-tahun akan datang saya dapat pergi lagi atau membantu kawan baru yang lain pula," katanya.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi sebelum ini dilapor membenarkan sejuta jemaah melibatkan dari dalam dan luar negara untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Express Rail Link
#ERL
#metro makkah
#Arab Saudi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan