KUALA LUMPUR: Sebanyak 48,316 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah siap dibina di seluruh negara sehingga kini, kata Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
Beliau berkata, kementeriannya juga merekodkan sejumlah 92,905 senarai berminat selain 6,606 permohonan yang telah dinilai layak.
"Bagi Program RMR di Pahang, 4,228 unit RMR telah siap dibina di seluruh negeri dengan sejumlah 7,557 senarai berminat yang telah diterima dalam sistem dan 253 permohonan dalam proses dan telah dinilai layak.
"Jumlah permohonan di kawasan Parlimen Maran pula merekodkan sebanyak 809, dengan hanya 18 permohonan sahaja dalam proses dan telah dinilai layak," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dalam pada itu katanya, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) komited dalam mendukung agenda perumahan khususnya dalam menyediakan kediaman mampu milik untuk Keluarga Malaysia antaranya menerusi pelaksanaan majlis taklimat kesedaran permohonan RMR peringkat Parlimen Maran.
Terdahulu, Ismail merasmikan majlis taklimat kesedaran permohonan RMR peringkat Parlimen Maran di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, di Maran.
Turut hadir, Pengarah Cawangan SPNB Negeri Pahang, Datuk Ahmad Islanizam A.Halim dan Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali.
Program RMR diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan isi rumah di bawah RM 3,000 yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.
Menerusi Belanjawan 2022, peruntukan sebanyak RM315 juta untuk Program Rumah Mesra Rakyat dijangka mampu membina 3,000 lagi unit RMR di seluruh negara pada tahun 2022.
Sehubungan itu ujar Ismail, Keluarga Malaysia dari kalangan golongan B40 dan B50 di sekitar Maran disaran untuk merebut peluang untuk berdaftar di bawah Program RMR sekali gus membuka peluang kepada mereka memiliki kediaman yang selesa serta berkualiti, sejajar dengan agenda Malaysia Yang Berdaya Huni.
Astro Awani
Fri Dec 10 2021
Ismail (tengah) di majlis taklimat kesedaran permohonan RMR peringkat Parlimen Maran. - Foto SPNB
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
48,316 unit RMR siap dibina di seluruh negara - Ismail
Sebanyak 48,316 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) telah siap dibina di seluruh negara sehingga kini, kata Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib.
SPNB perkenal 6 model reka bentuk baharu rumah mesra rakyat
Pengenalan model terkini tersebut akan memberikan nafas baru kepada SPNB dengan lebih pilihan tawaran reka bentuk berbanding hanya dua reka bentuk sebelum ini.
Lebih banyak rumah untuk B40, M40 dibina dalam tahun ini - Zuraida
Lebih RM1 bilion diperuntuk bagi pembinaan rumah untuk golongan B40 dan M40 pada tahun ini melalui projek Program Perumahan Rakyat (PPR).
SPNB lulus 51,746 Rumah Mesra Rakyat sehingga Mei - Hasbullah
Daripada jumlah tersebut, 46,576 unit telah disiapkan, 2,516 unit dalam proses pembinaan dan 2,654 permohonan sedang dalam peringkat dokumen perjanjian.