awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 peratus majikan akan terus ambil pekerja baharu dalam suku kedua - Jobstreet

Najib Aroff
Najib Aroff
29/04/2016
07:03 MYT
50 peratus majikan akan terus ambil pekerja baharu dalam suku kedua - Jobstreet
50 peratus majikan dalam kajian jobstreet.com menyatakan akan terus mengambil pekerja baharu bagi suku kedua 2016.
50 peratus majikan dalam kajian jobstreet.com menyatakan akan terus mengambil pekerja baharu bagi suku kedua 2016.
Manakala 39 peratus tidak mengubah jumlah tenaga kerja dan hanya 11 peratus pula menjangka mengecilkan jumlah pekerja.
Menurut Pengarah Negara Jobstreet Chook Yuh Yng, meskipun banyak sektor berdepan faktor negatif, namun sektor tertentu masih mencatatkan pertumbuhan.
Ia termasuk pembinaan, peruncitan dan barangan dan komputer serta teknologi maklumat.
Katanya, platform carian kerja itu kini mempunyai sejumlah 27,000 tawaran pekerjaan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengemas kini maklumat peribadi mereka dan kekal positif.
Sementara itu, sebahagian besar responden mengakui bakal berdepan tempoh mencabar pada suku kedua.
46 peratus responden mengakui perniagaan mereka terjejas sejak beberapa bulan lepas dengan faktor terbesar adalah kelemahan ringgit.
32 peratus responden berkata kelemahan ringgit memberikan tamparan hebat buat perniagaan mereka.
Manakala 16 peratus responden menyifatkan faktor inflasi menjejaskan perniagaan, dan 11 peratus pula menyatakan faktor minyak rendah menjejaskan operasi.
54 peratus responden berkata kesemua faktor tersebut menyebabkan mereka mengurangkan perbelanjaan syarikat.
Malah ada yang menimbangkan untuk mengecilkan saiz syarikat.
Ia termasuk mempertimbangkan penutupan cawangan yang tidak membawa untung atau menyusun kembali struktur perniagaan.
Sejumlah 475 golongan profesional sumber manusia menyertai kajian tersebut melibatkan pelbagai industri di Malaysia.
Topic Berkaitan
#Chook Yuh Yng
#kajian Jobstreet
#pekerja baharu
#platform carian kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan