awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura

Dagang News
Dagang News
15/01/2024
13:38 MYT
7 konsortium merangkumi 31 firma swasta kemuka cadangan konsep pembinaan HSR KL-Singapura
Pada 8 Mac 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi kerajaan tidak akan membiayai pembinaan projek itu. - Dagang News
KUALA LUMPUR: Tujuh konsortium tempatan dan antarabangsa, merangkumi 31 firma swasta yang berminat terlibat dalam projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura), telah mengemukakan cadangan konsep kepada MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) hari ini, iaitu tarikh akhir penyerahan pada 15 Januari 2024.
Penyerahan cadangan konsep bagi projek terbabit adalah susulan MyHSR Corp membuka proses Maklumat (RFI) pada Julai 2023 bagi membolehkan penggiat tempatan dan antarabangsa daripada sektor swasta menyampaikan projek berdasarkan inisiatif perkongsian awam-swasta berdasarkan model Reka Bentuk-Kewangan-Bina-Kendali-Pindah (DFBOT).
Pengerusi MyHSR Corp, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata keputusan penilaian RFI akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan kabinet untuk pertimbangan.
“Sekiranya maklum balas positif, kita akan beralih ke fasa kedua dengan peringkat permintaan untuk cadangan (RFP) bagi mendapatkan cadangan terperinci daripada konsortium terpilih,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Secara berasingan, Fauzi berkata firma yang menghantar RFI itu termasuk beberapa syarikat pengangkutan utama dari China dan Eropah, seperti dilaporkan oleh Berita Harian.
Sementara itu, Fauzi menjelaskan bahawa syarikat pengangkutan Jepun tidak pernah menghantar RFI, sekali gus terkejut dengan dakwaan firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan terbabit dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.
Namun, katanya, memang ada beberapa firma pengangkutan Jepun yang menghadiri taklimat awal yang diadakan MyHSR pada Julai 2023, yang mana pihaknya sudah menyatakan secara jelas projek itu akan dibiayai sepenuhnya oleh pihak swasta.
Pada minggu lalu, Kyodo News, memetik sumber, telah mendakwa firma Jepun membuat keputusan membatalkan rancangan mereka untuk terlibat dalam projek HSR Kuala Lumpur-Singapura berikutan risiko tinggi tanpa bantuan kewangan kerajaan Malaysia.
Pada Mac 2021, kerajaan Malaysia pada masa itu membayar Singapura S$102.8 juta (RM320.27 juta) sebagai pampasan terhadap kos ditanggung republik itu susulan pembatalan projek berkenaan.
Pada 8 Mac 2023, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa Malaysia terbuka untuk menghidupkan semula HSR, tetapi kerajaan tidak akan membiayai pembinaan projek itu. - Dagang News
Topic Berkaitan
#HSR
#KL-Singapura
#cadangan konsep
#syarikat Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan