Skip to main content

Dunia

Trump dakwa AS hampir capai kemenangan dalam perang dengan Iran, tawar peluang rundingan

Trump bercakap dengan anggota tentera AS sempena Thanksgiving di samping Melania dari kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida. - Foto REUTERS
Trump bercakap dengan anggota tentera AS sempena Thanksgiving di samping Melania dari kediamannya di Mar-a-Lago, Palm Beach, Florida. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa Washington hampir mencapai kemenangan dalam konflik dengan Iran dan menawarkan peluang rundingan kepada Tehran.
  • Trump menegaskan keputusan mengenai langkah seterusnya dalam konflik itu terletak di tangannya dan pentadbirannya masih terbuka untuk perjanjian.
  • Setakat ini, Iran belum memberi maklum balas rasmi, sementara konflik berterusan menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan Asia Barat.
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendakwa Washington kini berada di ambang kemenangan dalam peperangan terhadap Iran, sambil menawarkan peluang kepada Tehran untuk mencapai satu perjanjian bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa.

Bercakap kepada anggota tentera AS sempena sambutan Thanksgiving dari kediamannya di Mar-a-Lago, Florida, Trump berkata Amerika Syarikat kini hampir mencapai kemenangan, sambil menegaskan beliau akan menentukan bila konflik itu harus ditamatkan.

"Kemenangan sudah hampir. Ia akan berlaku apabila saya mahukannya, secara jujurnya," kata Trump.

Advertisement

Pada masa sama, beliau menegaskan pentadbirannya masih membuka ruang rundingan dengan Iran meskipun konflik berterusan.

"Kami cuba bertindak baik. Kami memberi mereka setiap peluang untuk mencapai perjanjian dan menyelamatkan banyak nyawa, tetapi saya tidak pasti sama ada mereka akan mengambil peluang itu," katanya.

Advertisement

Trump turut mempersoalkan sama ada kepimpinan Iran bersedia menerima tawaran tersebut.

Kenyataan itu dibuat ketika usaha diplomatik untuk menamatkan konflik melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran masih belum menunjukkan sebarang kemajuan ketara.

Setakat ini, Iran belum memberikan maklum balas rasmi terhadap kenyataan terbaharu Trump itu, manakala pertempuran dan serangan antara pihak yang terlibat terus mencetuskan kebimbangan mengenai kestabilan rantau Asia Barat.

 

 

Must Watch Video

Advertisement