Skip to main content

Dunia

Sekurang-kurangnya dua maut, 14 cedera dalam runtuhan bangunan di Karachi

Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk menembusi timbunan konkrit dan besi bagi mencari mangsa yang terselamat. - Foto REUTERS
Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk menembusi timbunan konkrit dan besi bagi mencari mangsa yang terselamat. - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Dua maut dan 14 cedera selepas bangunan enam tingkat yang masih dalam pembinaan runtuh di Karachi, Pakistan.
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan sekurang-kurangnya 17 keluarga dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan.
  • Punca kejadian belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Pakistan.
Advertisement

KARACHI: Sekurang-kurangnya dua orang maut manakala 14 lagi cedera selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan runtuh di Karachi, Pakistan, menurut pihak penyelamat.

Bangunan enam tingkat itu runtuh pada Rabu, menyebabkan pasukan penyelamat bergegas ke lokasi bagi mengesan dan mengeluarkan mangsa yang dipercayai masih terperangkap di bawah timbunan runtuhan.

Pegawai Rescue 1020, Mohammad Shahid, berkata operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan ketika keluarga mangsa menunggu perkembangan mengenai nasib orang tersayang mereka.

Advertisement

Menurut beliau, sekurang-kurangnya 17 keluarga berada di lokasi kejadian dan memaklumkan bahawa ahli keluarga mereka dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan tersebut.

Pasukan penyelamat menggunakan peralatan khas untuk menembusi timbunan konkrit dan besi bagi mencari mangsa yang terselamat.

Advertisement

Punca kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa Pakistan.

Insiden itu sekali lagi menimbulkan kebimbangan mengenai aspek keselamatan pembinaan di bandar terbesar Pakistan tersebut, yang pernah menyaksikan beberapa kejadian runtuhan bangunan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

 

 

Must Watch Video

Advertisement