Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad (AirAsia) berhasrat menawarkan lebih banyak laluan baharu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) selain penerbangan harian dua hala ke Pulau Pinang yang dilancarkan bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Riad Asmat berkata bagaimanapun usaha jangka panjang itu bergantung kepada permintaan daripada penumpang bagi laluan yang ditawarkan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Melaka dalam mempromosikan laluan tersebut.
Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, Melaka merupakan dua destinasi popular dalam kalangan penumpang asing yang menaiki penerbangan syarikat itu selain Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai beberapa persamaan khususnya dari segi aspek warisan serta sejarah yang diiktiraf UNESCO dan ia menjadi tarikan utama kedatangan pelancong ke destinasi tersebut.
"Bagi perancangan jangka masa panjang khususnya untuk laluan baharu menerusi LTAM, lokasinya sebenarnya banyak tetapi apa pun kita akan membuat kaji selidik sebelum ia dimuktamadkan dan sekurang-kurangnya ia memerlukan antara tiga hingga enam bulan.
"Kita percaya Melaka mempunyai potensinya tersendiri dan jualan tiket bagi laluan dua hala Melaka ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Melaka yang baharu dilancarkan hari ini agak memberangsangkan iaitu melebihi 90 peratus daripada jumlah kerusi yang ditawarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama AirAsia Melaka-Pulau Pinang-Melaka di LTAM, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Pada majlis itu, Melaka menerima penerbangan pertama dari Pulau Pinang yang membawa 175 penumpang menggunakan pesawat Airbus A320 yang berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang pada 1.20 petang dan mendarat di LTAM pada 2.25 petang.
Mengulas lanjut, Riad berkata pembukaan laluan baharu itu bukan sahaja akan membantu mengembangkan industri pelancongan tempatan tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang bagi kedua-dua bandar warisan dunia itu.
"Menerusi laluan itu, penduduk Melaka yang ingin ke Sabah dan Sarawak atau destinasi lain di Asean boleh menaiki penerbangan berkenaan menerusi hab kami di Pulau Pinang. Melaka merupakan destinasi domestik keenam AirAsia dan laluan ke-14 dari hab Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Adly berkata laluan penerbangan baharu AirAsia di LTAM itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri memastikan lapangan terbang tersebut berfungsi secara optimum dan memberikan perkhidmatan penerbangan kepada rakyat.
Selain itu, katanya, ia juga dapat menyumbang peningkatan kedatangan pelancong ke Melaka dan membantu mempromosikan negeri itu sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Asia serta merancakkan Tahun Melawat Melaka 2019.
"Pada suku pertama tahun ini, Melaka menerima sebanyak 4.79 juta pelancong iaitu 3.4 juta orang merupakan pelancong tempatan manakala 1.38 juta pelancong asing.
"Dengan perkhidmatan terbaharu yang ditawarkan AirAsia, kita yakin sasaran 20 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini dapat dicapai," kata Adly.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019

Adly (enam, kiri) bersama para kakitangan AirAsia dan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka selepas Sambutan Penerbangan Pertama AirAsia Melaka-Pulau Pinang-Melaka di LTAM hari ini. --fotoBERNAMA

Modul antirasuh diperluas dalam kalangan pelajar TVET
Rancangan memasukkan modul KIAR ke dalam silibus pelajar TVET dijangkakan dilaksanakan seawal-awalnya pada Ogos tahun ini.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Diskaun 90 peratus kompaun di bawah Akta Syarikat 1965 dilanjut
Di bawah insentif ini, syarikat dan pengarah syarikat layak mendapat pengurangan 90 peratus dari nilai asal kompaun.

Warga emas cedera dirodok bison jantan di taman negara AS
Kejadian berlaku pada Rabu ketika wanita berusia 71 tahun tersebut bersama anaknya sedang berjalan menuju ke kereta mereka.

MyEzyCover.com bakal manfaatkan 1.6 juta penjawat awam tetap, kontrak
Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com bakal memberi manfaat kepada 1.6 juta penjawat awam termasuk bertaraf kontrak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

MyEzyCover.com akan diperluas kepada GLC, GLIC, sektor swasta
Program Pembiayaan Insurans Kenderaan Keluarga Malaysia MyEzyCover.com akan diperluaskan kepada kakitangan GLC, GLIC dan sektor swasta dalam masa terdekat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Vaksin COVID-19: FDA mahu dos penggalak sasar subvarian BA.4, BA.5 Omicron
Jika diluluskan, ia menandakan perubahan besar pertama vaksin COVID-19.

Najib nafi minta Anwar gugurkan kes mahkamah
Najib menegaskan, beliau tidak pernah meminta mana-mana individu untuk mengugurkan kesnya di mahkamah melalui pengaruh politik.

Penjawat awam bakal nikmati skim ansuran beli, baharui insurans kenderaan - PM
Pakej pembiayaan secara ansuran sehingga 10 bulan tanpa faedah ditawarkan kepada penjawat awam tetap dan kontrak.

JAWI rangka ketetapan baharu ibadah korban
Kesemua masjid dan surau di Wilayah Persekutuan dibenar untuk melaksanakan ibadah korban

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

TIDAK RASMI: Mas Ermieyati tewas, Sulaiman dan Adly mendahului
Rauf mendapat 3,558 undi manakala Mas Ermieyati memperolehi 3,195 sementara calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan 489 undi.

PRN Melaka: Peratusan keluar mengundi amat rendah, Adly seru rakyat keluar undi segera
Peratusan keluar mengundi yang rendah dikhuatiri akan menyebabkan kerajaan negeri akan dibentuk oleh suara minoriti, kata Adly Zahari.

PRN Melaka: Najib suruh Adly tanya Idris, ke mana perginya pampasan RM33 juta untuk nelayan?
Adly perlu mendapat gambaran yang sebenarnya sekiranya ada penyelewengan sebelum cuba menimbulkan persoalan itu, tegas Najib.

PRN Melaka: Adly lebih berkredibiliti berbanding calon ketua menteri BN, PN - Guan Eng
Pemilihan Adly Zahari sebagai calon Ketua Menteri bakal membantu Pakatan Harapan (PH) untuk kembali ke landasan yang betul dengan agenda reformasi mereka, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

PRN Melaka: PH lancar pelan tindakan, 6 strategi dan 32 inisiatif
Calon Ketua Menteri ph, Adly Zahari berkata, tiga teras utama pelan itu ialah - Melaka Sejahtera, Melaka Makmur dan Melaka Stabil.

PRN Melaka: Sah! Adly pilihan Pakatan Harapan untuk calon Ketua Menteri
Pakatan Harapan hari ini sah mencalonkan calon DUN Bukit Katil Adly Zahari untuk sekali lagi memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, sekiranya mereka memenangi Pilihan Raya Negeri Melaka.

PRN Melaka: Adly fokus kemenangan calon
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mahu mengetepikan soal calon Ketua Menteri, sebaliknya memberikan tumpuan untuk kemenangan parti itu.

PH Melaka akur keputusan mahkamah tolak permohonan batalkan PRN Melaka
Peluang terakhir rakyat Melaka adalah melalui PRN yang akan berlangsung pada 20 November 2021.

PRN Melaka: Adly gagal cabar pembubaran DUN
Hakim berkata, proses membuat keputusan oleh Yang Dipertua Negeri Melaka bagi membubarkan DUN tidak boleh dipertikai.