awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia buka tiga laluan antarabangsa dari JB

Bernama
Bernama
14/04/2014
10:27 MYT
AirAsia buka tiga laluan antarabangsa dari JB
AirAsia melancarkan tiga laluan antarabangsa terbaru dari habnya di Johor Baharu, menghubungkan wilayah selatan Semenanjung ke Yogyakarta dan Lombok di Indonesia, dan Bandar Ho Chi Minh di Vietnam, bagi menyediakan lebih pilihan destinasi kepada penduduk Johor Baharu.
AirAsia, dalam satu kenyataan hari ini berkata pengenalan laluan antarabangsa itu bagi meningkatkan kemudahan serta penjimatan, kerana dengan penyambungan terus terkini itu, penumpang tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur terlebih dahulu untuk ke destinasi-destinasi tersebut.
AirAsia menawarkan tambang asas dari serendah RM0 (tidak termasuk surcaj bahan api, cukai lapangan terbang dan lain-lain fi bagi perjalanan sehala sahaja), dengan tempoh tempahan dari 15 hingga 20 April, 2014 bagi perjalanan dari 11 Julai hingga 30 April 2015 bagi laluan baharu itu.
Ketua Komersil AirAsia Spencer Lee berkata Johor Baharu merupakan satu daripada hab penting bagi syarikat dan berpotensi untuk pembangunan laluan penerbangan dan permintaan tinggi untuk hubungan udara antarabangsa.
Tiga laluan terbaru AirAsia dari Johor Baharu menghubungkan Yogyakarta empat kali seminggu, Lombok tiga kali seminggu dan empat seminggu ke Ho Chi Minh City. -- Bernama
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Ho Chi Minh City
#Johor Bahru
#Lombok
#Yogyakarta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan