Keuntungan bersih AirAsia Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 melonjak kepada RM915.87 juta berbanding RM505.32 juta dalam tempoh sama tahun lepas.
Perolehan naik kepada RM2.6 bilion berbanding RM2.44 bilion disebabkan peningkatan sebanyak 9.0 peratus dari segi jumlah penumpang yang dibawa.
AirAsia berkata keuntungan bersih yang lebih tinggi pada suku kedua disebabkan terutamanya keuntungan sekali sahaja daripada penjualan pegangannya dalam AAE Travel Pte Ltd kepada Expedia dan pembalikan liabiliti cukai tertunda daripada penjualan pesawat.
Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih AirAsia meningkat kepada RM2.41 bilion daripada RM1.26 bilion berbanding tempoh sama tahun lepas, manakala perolehan naik kepada RM7.77 bilion daripada RM7.05 bilion sebelum ini.
Mengenai masa depan, AirAsia berkata ia akan mengekalkan disiplin kos dalam semua bidang, meningkatkan keseluruhan kecekapan dan kekal aktif untuk mengekalkan margin keuntungan yang baik.
"Bagi tahun penuh, kami dijangka mencapai sasaran faktor muatan kumpulan sebanyak 85 peratus," katanya.
Pengendali syarikat penerbangan itu berkata penurunan harga minyak pada Disember dijangka menyumbang secara positif kepada keputusan operasi bulan Disember dan bagi 2019, syarikat yakin ia akan mencapai keputusan keuntungan bersih.
AirAsia berkata syarikat menuju ke arah fasa pembangunan akan datang untuk berkembang selain pengangkutan udara dan mendigitalkan operasi dan prosesnya untuk lebih cekap.
"Kami kini memulakan usaha untuk menjadi syarikat pelancongan teknologi dengan kerjasama Google Cloud," katanya.
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2018, Lembaga Pengarah mengisytiharkan dividen khas sebanyak 40 sen sesaham bagi 3.34 juta saham berjumlah RM1.34 bilion.
"Dividen itu akan dibayar pada 28 Dis, 2018. Tarikh penutupan buku bagi dividen tersebut ialah 14 Dis, 2018," menurut AirAsia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 29 2018

AirAsia berkata syarikat menuju ke arah fasa pembangunan akan datang untuk berkembang selain pengangkutan udara dan mendigitalkan operasi dan prosesnya untuk lebih cekap.

Wujudkan sistem penilaian yang holistik ukur indeks prestasi utama syarikat konsesi
Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan mempersoalkan bagaimana prestasi pemegang-pemegang konsesi di bawah penilaian Kementeria Kerja Raya? Belia pada masa yang sama menyarankan agar Jabatan Kerja Raya mewujudkan sistem penilaian yang holistik untuk mengukur indeks prestasi utama konsesi yang telah menerima tender bagi selenggara selia jalan persekutuan,

Monsun Timur Laut berakhir 23 Mac, fasa Peralihan Monsun pula bermula - MetMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan fasa peralihan monsun bermula 23 Mac depan sehingga pertengahan Mei.

Tiada krisis 'Situasi Lehman' dalam keadaan kemelut perbankan AS - Penganalisis
Bank-bank berkenaan mempunyai kedudukan mudah tunai yang lebih baik berbanding pada 2008 dan bank Asia hanya mengalami pendedahan minimum terhadap bank wilayah AS.

TH keluar surat tawaran haji kepada 31,600 jemaah mulai Rabu
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengeluarkan surat tawaran haji bagi tahun 2023 secara berperingkat mulai Rabu ini.

Jemaah haji B40, M40 kali pertama layak terima bantuan, T20 bayar penuh
Bayaran Haji jemaah Muassasah kumpulan M40 yang pertama kali menunaikan haji meningkat RM3,000 kepada RM15,980 seorang.

AWANI Ringkas: Lantikan boleh dianggap raih sokongan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

BERSIH kecam lantikan Pengerusi GLC, gesa reformasi disegerakan
BERSIH mengecam pelantikan jawatan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.

KDN serah kepada SPRM berhubung siasatan penyelewengan perjanjian sukuk
Saifuddin Nasution berkata SPRM harus diberi ruang seluas-luasnya untuk menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka mengikut lunas undang-undang.

Kerjasama Farm Fresh-UPM tingkat minat mahasiswa ceburi industri tenusu dan pertanian
Farm Fresh Bhd memeterai Memorandum Perjanjian bersama Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi membangunkan Pusat Edutourism dalam meningkatkan minat mahasiswa menceburi industri tenusu.

AirAsia catat untung bersih lebih tinggi pada suku ketiga
Keuntungan bersih AirAsia Group Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2018 melonjak kepada RM915.87 juta berbanding RM505.32 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

AirAsia akan jual 11 pesawat bernilai US$271 juta, kata Fernandes
AirAsia bercadang menjual 11 buat pesawat bernilai US$271 juta dengan keuntungan US$45 juta.