SINGAPURA: Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berharapkan kepada pembukaan semula Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi pada September 2022.
"Pada bila-bila masa yang lebih cepat adalah baik bagi kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat kepada Bernama di luar Festival Penerbangan Asia 2022 di sini hari ini.
Riad yang juga merupakan antara ahli panel bagi membincangkan tajuk "Flying with confidence - what next for airlines in Asia?" berkata, buat masa ini syarikat penerbangan itu menggunakan Terminal 1 (T1).
"Ia baik, namun, adalah sesuai untuk kami kembali kepada perkhidmatan sebelum COVID-19. T4 paling sesuai bagi operasi kami.
"Kami banyak beroperasi dari sana dengan saiz dan volum yang diberikan kepada kami pada masa itu. Ia turut bertepatan dengan kecekapan kami. Diharap, ia dapat dilaksanakan secepat mungkin," katanya.
Mengenai sama ada AirAsia telah mencapai tahap kekerapan seperti sebelum COVID-19 di T1, Riad berkata: "Belum lagi (walapun) penerbangan kami dengan jelas telah kembali kepada jadual kekerapan sebelum ini.
"Kami sedang menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa di sini. Selain ini, kami sudah tentu ingin terbang lebih kerap ke Singapura. Kami mempunyai keupayaan itu dan mahu berbuat demikian secepat mungkin," katanya.
Bernama difahamkan bahawa ketika ini Airasia melaksanakan penerbangan ke 11 bandar di ASEAN dari Singapura berbanding 16 bandar sebelum penutupan sempadan antarabangsa akibat COVID-19.
Changi Airport Group (CAG) dalam pengumumannya pada 10 Jun berhubung pembukaan semula T4 berkata, langkah itu akan meningkatkan kapasiti operasi Lapangan Terbang Changi dan membolehkan lapangan terbang itu untuk mencapai pemulihan sepenuhnya trafik penumpang sebelum COVID-19 pada musim sejuk utara mulai 30 Oktober.
CAG berkata, sejak protokol perjalanan dilonggarkan pada 1 April lepas, trafik penumpang di Lapangan Terbang Changi telah mencatatkan pemulihan yang kukuh.
Menurut CAG, trafik penumpang di Lapangan Terbang Changi bagi minggu pertama Jun 2022 telah mencapai 48 peratus daripada tahap sebelum COVID-19 berbanding tujuh hari pertama pada Jun 2019.
Berikutan perjalanan udara yang mencatatkan peningkatan, syarikat penerbangan itu telah memohon kepada pelancaran lebih banyak penerbangan pada musim ini, kata CAG.
CAG berkata, pertama, ia akan membuka semula T4 pada September ini untuk mengendalikan penerbangan yang tiba dan berlepas.
Katanya, sesi libat urus dengan syarikat penerbangan, rakan niaga lapangan terbang dan penyewa berpotensi telah bermula sebagai persediaan.
"Syarikat penerbangan yang sebelum ini beroperasi di T4 dijangka kembali ke terminal itu sebaik sahaja ia dibuka semula. CAG akan bekerjasama dengan syarikat penerbangan mengenai maklumat lanjut berkaitan penempatan semula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
CAG berkata, sejak protokol perjalanan dilonggarkan pada 1 April lepas, trafik penumpang di Lapangan Terbang Changi telah mencatatkan pemulihan yang kukuh. - Reuters
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.