awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia Malaysia dapat Sijil Audit Keselamatan IATA

Bernama
Bernama
12/09/2018
21:00 MYT
AirAsia Malaysia dapat Sijil Audit Keselamatan IATA
AirAsia Malaysia merupakan syarikat penerbangan ketiga dalam Kumpulan AirAsia menerima akreditasi itu selepas AirAsia X pada 2014 dan seterusnya AirAsia Indonesia.
AirAsia Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai pengendali berdaftar dengan pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berikutan kejayaan syarikat penerbangan itu melengkapkan audit IOSA berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Riad Asmat berkata AirAsia Malaysia merupakan syarikat penerbangan ketiga dalam Kumpulan AirAsia menerima akreditasi itu selepas AirAsia X pada 2014 dan seterusnya AirAsia Indonesia, bulan lepas.
"Akreditasi oleh pihak penanda aras keselamatan yang diiktiraf di peringkat global itu jelas menunjukkan komitmen kami untuk mengendalikan operasi yang selamat serta terjamin.
"Keselamatan adalah keutamaan kami dan kami akan terus berusaha untuk memastikan integrasi operasi dapat dikekalkan pada tahap tertinggi," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.
IOSA merupakan pengiktirafan antarabangsa dan satu sistem penilaian khas untuk meneliti pengurusan operasi serta sistem kawalan syarikat penerbangan selain disifatkan sebagai penanda aras global bagi pengurusan keselamatan dalam industri tersebut.
Proses audit yang dijalankan dua kali setahun, melibatkan lapan aspek fungsi dan operasi - sistem organisasi dan pengurusan, operasi penerbangan, kawalan dan penghantaran menerusi penerbangan, kejuruteraan dan penyelenggaraan pesawat, operasi kabin, pengendalian darat, kargo dan pengurusan keselamatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#audit
#IATA
#keselamatan
#Malaysia
#penerbangan
#Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa
#pesawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan