KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dijadual memulakan perkhidmatan penerbangan terus antara Kota Kinabalu dan Bangkok, Thailand pada bulan depan.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah berkata, perkara itu telah dibincangkan oleh Menterinya Datuk Jafry Ariffin dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat dalam pertemuan di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau turut bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A Tan Sri Tony Fernandes yang menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Sabah di atas kerjasama selama puluhan tahun.
Jafry berkata pihaknya mengalu-alukan usaha AirAsia dalam memperluaskan jaringan domestik mahupun antarabangsa dengan pembukaan laluan penerbangan baharu terus ke negeri itu.
"Saya optimis dengan penambahan laluan baharu itu yang pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah," katanya dalam kenyataan itu.
Sehingga kini, penerbangan terus AirAsia dari Kota Kinabalu adalah ke Singapura dan Manila manakala Kota Kinabalu ke Korea Selatan pula menerusi syarikat penerbangan Jin Air.
Malah, kementerian itu menerusi Lembaga Pelancongan Sabah juga bekerjasama dengan AirAsia melalui aplikasi airasia Super App dalam mempromosi destinasi pelancongan menarik di Sabah.
"Pelancong boleh terus menempah pakej penerbangan dan hotel, pelbagai makanan dan pengalaman lain sebelum memulakan percutian," katanya.
Jafry juga yakin platform agensi pelancongan dalam talian yang lebih pantas dan kukuh akan membolehkan industri pelancongan negeri berkembang lebih pesat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 24 2022
Penambahan laluan baharu Kota Kinabalu-Bangkok pastinya mampu menarik lebih ramai pelancong sekali gus merancakkan lagi industri pelancongan Sabah. - Bernama
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.