awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airasia super app lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu

Bernama
Bernama
18/05/2021
22:20 MYT
Airasia super app lantik Ketua Pegawai Eksekutif baharu
AirAsia dalam satu kenyataan berkata Woo menggantikan Karen Chan, yang akan memegang jawatan sebagai ahli lembaga perniagaan airasia super app. - Foto Instagram/Amanda Woo
KUALA LUMPUR: Airasia super app yang sebelum ini dikenali sebagai airasia.com, melantik Amanda Woo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya berkuat kuasa 19 Mei, 2021.
AirAsia dalam satu kenyataan pada Selasa berkata Woo menggantikan Karen Chan, yang akan memegang jawatan sebagai ahli lembaga perniagaan airasia super app.
Woo menyertai syarikat itu pada 2012 dan dinaikkan pangkat pada awal 2019 sebagai Ketua Pegawai Komersial yang mana beliau merupakan sebahagian daripada pasukan pengasas airasia super app.
Presiden AirAsia Digital, Aireen Omar berkata pengalaman Woo selama sedekad lalu dengan kumpulan itu akan membolehkan beliau memaksimumkan kekuatan data, rangkaian dan teknologi yang kukuh.
Sementara itu, Pengerusi Eksekutif AirAsia Group Bhd Datuk Kamarudin Meranun berkata pelantikan Woo itu juga akan menjadi pemangkin bagi menggerakkan pertumbuhan airasia super app.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#presiden
#AirAsia Digital
#AirAsia Group
#Amanda Woo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan