awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Had umur 16 tahun untuk media sosial dijangka dikuatkuasakan Julai - Teo
Banjir: Satu PPS dibuka di Kota Samarahan
Sivasangari wakil tunggal negara di ToC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X mula penerbangan terus KL-Wuhan

Bernama
Bernama
16/01/2017
05:37 MYT
AirAsia X mula penerbangan terus KL-Wuhan
Tambang bagi tempat duduk ekonomi yang ditawarkan secara dalam talian mulai hari ini sehingga 22 Januari itu membabitkan perjalanan pada 22 Mac sehingga 28 Okt, 2017. - Gambar fail
AirAsia X Bhd menawarkan perkhidmatan penerbangan terus empat kali seminggu dari Kuala Lumpur ke ke Wuhan (China) berkuat kuasa 22 Mac, 2017 dengan kadar tambang promosi sehala serendah RM199.
Tambang bagi tempat duduk ekonomi yang ditawarkan secara dalam talian mulai hari ini sehingga 22 Januari itu membabitkan perjalanan pada 22 Mac sehingga 28 Okt, 2017.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Benyamin Ismail berkata syarikat itu merupakan syarikat penerbangan asing terbesar di China dan destinasi itu dijangka menerima sebanyak 32 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket.
Pada masa ini, AirAsia melakukan penerbangan harian ke Wuhan dari Kota Kinabalu, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"China merupakan segmen yang terus mencatat prestasi progresif yang menggalakkan setiap tahun dan kekal menjadi tumpuan strategi pengembangan rangkaian AirAsia.
"Wuhan juga akan menjadi hab maya bagi Kumpulan AirAsia dan AirAsia X. Kami komited untuk mengekalkan pertumbuhan selain membangunkan produk-produk dan perkhidmatan inovatif," katanya.
Kumpulan itu mengendalikan sebanyak 409 penerbangan harian dari pelbagai bandar raya ASEAN merentasi 45 laluan ke 17 destinasi di China.
Pada 2015, AirAsia membawa lebih lima juta penumpang ke dan dari China, menjadikannya penerbangan asing terbesar di negara itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airasia X
#destinasi penrbangan
#Wuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan