KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023, daripada RM25.09 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Bagaimanapun, hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak kepada RM648.36 juta berbanding RM100.10 juta setahun lalu, kata syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Ia menyatakan syarikat itu memulakan operasi pada suku berakhir 30 Jun, 2022, selepas dua tahun ia menggantung penerbangan berjadual, dan majoriti pesawat syarikat kekal di daratan pada suku berakhir 30 Sept, 2022.
"Oleh itu, suku perbandingan bagi petunjuk prestasi untuk suku tersebut adalah tidak bermakna. Pembentangan penjadualan metrik hasil dan kos pada suku tersebut, akan dibentangkan tanpa perbandingan dengan suku terakhir kerana tiada perbandingan pada suku yang sama seperti 30 Sept, 2023," kata AAX.
Ia juga berkata tempoh yang ditinjau secara tradisinya mencatatkan jualan yang agak rendah disebabkan oleh kebermusiman bagi sektor-sektor antarabangsa.
Namun, kumpulan itu telah mencapai pemulihan lebih 53 peratus berbanding tempoh yang sama sebelum COVID-19, kata AAX.
Selaras dengan pengaktifan semula pesawat pada suku ini kepada 14 pesawat yang beroperasi, kos kakitangan dan kos penyelenggaraan turut meningkat.
Menjelang akhir September 2023, bilangan juruterbang dan kru kabin masing-masing telah meningkat sebanyak 40 peratus dan 131 peratus, manakala kos penyelenggaraan bertambah seiring dengan penggunaan pesawat yang lebih tinggi dan seterusnya didorong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS.
Mengenai tinjauan masa depan, AAX berkata kumpulan itu mengekalkan momentumnya dalam pemulihan armada, yang mana kumpulan itu kini mengendalikan 14 daripada 17 pesawat dan dijangka menambah satu lagi pesawat kepada armadanya, menjadikan jumlah saiz armadanya kepada 18 pesawat.
"Menjelang Disember 2023, kami menjangkakan sekurang-kurangnya 16 pesawat akan beroperasi. Kumpulan meneruskan haluannya dalam melancarkan semula laluan utama yang menguntungkan dan mengekalkan tumpuannya terhadap potensi di China apabila trafik perjalanan antarabangsa republik itu pulih," tambahnya.
Sementara itu dalam makluman berasingan, AAX mengumumkan bahawa Bursa Malaysia telah meluluskan permohonannya untuk ditarik balik daripada status Nota Amalan 17 (PN17).
"Bursa Securities, melalui suratnya bertarikh 21 Nov, 2023, selepas mengambil kira fakta dan keadaan yang relevan, termasuk antara lain, syarikat tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria yang ditetapkan di bawah PN17, syarikat telah mematuhi kriteria untuk penepian dan penarikan balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17.
"Selain itu, laporan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept, 2023, yang perlu dikemukakan sebelum 30 Nov, 2023, memutuskan untuk membenarkan rayuan tertakluk kepada pengumuman AAX tentang keuntungan selepas cukai yang boleh dikaitkan kepada pemegang ekuiti AAX dalam keputusan suku tahunan," katanya.
Penarikan balik AAX daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 akan berkuat kuasa esok (22 Nov).-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023. - Gambar fail

Penduduk diancam gajah liar sejak tiga bulan lepas
Penduduk di Kampung Sungai Bayu Dalam, di sini mendakwa gajah liar mula muncul di penempatan itu sejak tiga bulan lepas.
158 mangsa rakyat Malaysia masih terkandas negara destinasi
Setakat bulan lalu, 158 mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di luar negara, masih terkandas di negara destinasi.
Banjir kilat landa Johor Bahru terburuk sejak 60 tahun
Banjir kilat yang melanda bandaraya Johor Bahru pada Rabu, disifatkan paling teruk dalam tempoh 60 tahun.
Malah dalam tahun ini, hampir 10 kali kejadian sama berulang khususnya di Kampung Mohd Amin yang terletak bersebelahan dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ada keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan ditutup akibat banjir kilat.
Malah dalam tahun ini, hampir 10 kali kejadian sama berulang khususnya di Kampung Mohd Amin yang terletak bersebelahan dataran Bandaraya Johor Bahru.
Ada keluarga mangsa yang tinggal sehelai sepinggang, kerana tidak dapat pulang ke rumah kerana jalan ditutup akibat banjir kilat.

Google Bard juga kini dikuasakan oleh Gemini
Model AI Google Gemini diumumkan lewat malam semalam dengan ia adalah model yang paling berkuasa pernah dibangunkan oleh Google setakat ini.

COVID-19: Situasi terkawal, tidak bebankan fasiliti kesihatan - Dr Zaliha
Keadaan semasa COVID-19 di Malaysia secara keseluruhannya masih terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada meskipun terdapat peningkatan kes, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Akta Perkhidmatan Parlimen: Memorandum Jemaah Menteri komprehensif akan dibentang
Ia bagi membolehkan proses merangka kertas kerja pelaksanaan pengenalan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 diteruskan ke peringkat selanjutnya.

KPM kembali beri fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Isu Gaza: 'Manusia tidak lagi bertamadun' - Tun M
Krisis kemanusian yang meragut ribuan nyawa rakyat Palestin akibat serangan tanpa henti oleh rejim Zionis itu seolah-olah tidak disedari masyarakat dunia.
Adik Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara pada jam 7 malam, Khamis. Sebelum itu, jenazah Zayn Rayyan telah dituntut oleh keluarga di Hospital Sungai Buloh, Selangor pada jam 5.55 petang, Khamis.

Menteri Imigresen Britain letak jawatan
Rishi menerima tamparan hebat selepas menteri imigresen Robert Jenrick meletak jawatan pada Rabu selepas tercetus pertikaian berhubung dasar penghantaran pulang migran ke Rwanda.

Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.

AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.