awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Russell Brand berdepan dua pertuduhan baharu rogol, serangan seksual di UK
Mesir pasang semula bot purba Firaun di muzium baharu
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti, laluan perdagangan barter Labuan akan beroperasi semula

Bernama
Bernama
14/10/2022
00:15 MYT
Aktiviti, laluan perdagangan barter Labuan akan beroperasi semula
Jabatan Marin di Labuan mensyaratkan agar kapal-kapal bukan konvensional yang singgah di Pelabuhan Labuan mempunyai insurans perlindungan dan tanggung rugi. - Gambar fail/BERNAMA
LABUAN: Aktiviti perdagangan barter di Labuan yang terhenti sejak 2016, akan beroperasi semula tidak lama lagi dengan bot kayu 'Kumpit' dari selatan Filipina dijadual tiba pada akhir bulan ini.
Ekonomi wilayah itu turut terjejas selepas aktiviti perdagangan barter antara Labuan dan selatan Filipina digantung pada 2016 selepas beroperasi lebih daripada empat dekad lamanya.
Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Daniel Doughty berkata permohonan bagi membolehkan aktiviti pemunggahan di Pelabuhan Labuan, telah diserahkan kepada pelbagai agensi kerajaan berkaitan untuk mendapatkan pelepasan terbabit.
"Sekiranya kebenaran daripada agensi berkaitan diperoleh pada minggu ini, pengendali terbabit akan bertolak dari selatan Filipina ke Labuan pada minggu depan jika cuaca baik," katanya kepada Bernama semalam.
Beliau berkata, pihaknya turut membantu kalangan penggiat industri pemunggahan barangan terbabit, termasuk dari segi dasar yang menetapkan kapal-kapal bukan konvensional (NCV) yang singgah di Pelabuhan Labuan yang disyaratkan mempunyai insurans perlindungan dan tanggung rugi (PI).
“Jabatan Marin di Labuan mensyaratkan agar NCV yang singgah di Pelabuhan Labuan mempunyai insurans PI.
"Kami telah membincangkannya dengan sebuah syarikat insurans, PNI Malaysia bagi memastikan kapal kayu NCV dari selatan Filipina yang tiba di Labuan akan dilengkapi dengan kemudahan tersebut.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail kerana sikap proaktif dalam memberi kemudahan untuk penggiat industri pemunggahan barangan ini, sekali gus memastikan Labuan terus kekal berdaya saing," katanya.
Beliau berkata, LCC juga akan terus membantu persatuan perniagaan tempatan ke arah menyelesaikan perkara berkaitan dasar yang memberi kesan terhadap perniagaan serta industri.
Pada masa sama, ini melibatkan dasar yang menumpukan pertumbuhan dan kemampanan ekonomi Labuan, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Labuan
#perdagangan barter
#Filipina
#kapal bukan konvensional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan