awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmBank antara penyedia pembiayaan pilihan Tesla di Malaysia

Bernama
Bernama
21/07/2023
03:30 MYT
AmBank antara penyedia pembiayaan pilihan Tesla di Malaysia
Sulaiman (tiga, kiri) dan pengurusan kanan AmBank yang lain turut hadir pada majlis pelancaran kenderaan elektrik SUV terbaharu Tesla, Model Y, di Kuala Lumpur, semalam. - Foto Facebook AmBank
KUALA LUMPUR: AmBank menjalin kerjasama khas dengan Tesla Inc bagi menawarkan pakej kewangan auto menarik untuk rakyat Malaysia membeli kenderaan elektrik (EV) Model Y Tesla yang dilancarkan secara rasmi di negara ini, semalam.
Dalam kenyataannya, AmBank berkata bank tersebut adalah antara dua penyedia pembiayaan pilihan Tesla di Malaysia.
Pengeluar EV global itu turut menjalin kerjasama dengan AmGeneral Insurance Bhd bagi mengendalikan aspek insurans kenderaan Tesla.
Mengulas usaha itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata kerjasama dengan Tesla juga bertepatan dengan portfolio pembiayaan auto EV bank berkenaan yang selaras dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) secara meluas.
"Bagi pembelian Model Y Tesla, AmBank menawarkan salah satu pembiayaan kenderaan berkadar faedah paling kompetitif di pasaran yang pastinya sesuai dengan pelan pembayaran semula mereka," katanya.
Sementara itu, Pengarah Serantau Tesla Isabel Fan berkata sejajar dengan sebahagian komitmen Tesla di Malaysia, syarikat tersebut telah menyediakan pelan pembangunan menyeluruh yang merangkumi pusat pengalaman, servis dan sokongan selain infrastruktur pengecasan bagi kelancaran pengalaman untuk kalangan pemilik kenderaan berkenaan.
"Kami komited dan teruja dalam membantu menangani aspek pelepasan karbon sifar bagi masa depan lebih hijau untuk Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Tesla
#ambank
#penyedia pembiayaan
#Sulaiman Mohd Tahir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan