Skip to main content

Malaysia

Mayat wanita terapung tanpa pakaian dikesan cedera di muka, alat sulit

Lokasi mayat wanita ditemukan terapung berdekatan Pekan Lama Sungai Petani. -Foto Sinar Harian
Lokasi mayat wanita ditemukan terapung berdekatan Pekan Lama Sungai Petani. -Foto Sinar Harian
Advertisement

SUNGAI PETANI: Mayat seorang wanita ditemukan terapung tanpa pakaian di sungai berhampiran Pekan Lama di sini pada Khamis, dikesan mengalami kecederaan pada bahagian muka dan alat sulit.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kecederaan itu berkemungkinan akibat kesan gigitan haiwan.

"Kita kenal pasti kecederaan di muka dan alat sulit mungkin akibat dimakan haiwan.

Advertisement

"Setakat ini, identiti mangsa masih belum dapat dikenal pasti," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan, orang ramai yang melalui kawasan berkenaan terkejut selepas melihat mayat manusia dalam keadaan mereput terapung di lokasi kejadian.

Advertisement

Menurut Hanyan, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kejadian itu kira-kira jam 1.30 petang.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai ahli keluarga dilaporkan hilang supaya tampil membantu siasatan polis.

Katanya, setakat ini, kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -Sinar Harian

Must Watch Video

Advertisement