awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PN Perlis hormati keputusan Muhyiddin lepas jawatan
Dr Sahruddin umum letak jawatan Pengerusi PN Johor
Penyerang Sydney tidak terlibat dalam kumpulan pengganas, kata polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambil masa untuk pulihkan kadar pengangguran ke tahap pra-pandemik

Dagang News
Dagang News
12/10/2021
02:13 MYT
Ambil masa untuk pulihkan kadar pengangguran ke tahap pra-pandemik
Kadar pengangguran menurun buat kali pertama pada Ogos selepas mencatatkan peningkatan pada dua bulan sebelumnya. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin mengambil masa beberapa tahun untuk memulihkan semula kadar pengangguran pada tahap 3.3% seperti pada masa pra-pandemik.
AmInvestment Bank berkata, terdapat juga keperluan untuk melihat semula kadar pengangguran dan mereka yang bekerja di sektor tidak formal.
"Kadar pengangguran sepanjang tahun dijangka pada paras 4.4% tahun ini berbanding 4.8% sebelum ini berikutan pembukaan semula sektor ekonomi dan pasaran buruh yang terus pulih walaupun di tahap sederhana," katanya dalam nota kajian di sini hari ini.
Ujarnya, dengan kadar vaksin populasi dewasa melebihi 90% ketika ini, pihaknya menjangkakan ekonomi akan mula bergerak ke fasa endemik COVID-19 pada akhir Oktober.
"Ini akan membolehkan lebih banyak sektor dibuka semula dengan norma baharu COVID-19 yang dipraktikkan, sekaligus memperkuat prospek pertumbuhan dan pasaran buruh.
"Namun kita harus tetap berhati-hati. Ketidakpastian mengenai varian baharu COVID-19 dan prospek perniagaan boleh menjejaskan prospek pekerjaan," katanya.
Terdahulu kadar pengangguran menurun buat kali pertama pada Ogos selepas mencatatkan peningkatan pada dua bulan sebelumnya berikutan lebih banyak aktiviti ekonomi dibenarkan untuk kembali beroperasi pada bulan tersebut.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk pekerja meningkat sebanyak 0.5 peratus bulan ke bulan kepada 15.38 juta orang pada Ogos berbanding 15.29 juta orang pada Julai, dengan nisbah guna tenaga kepada penduduk meningkat 0.2 mata kepada 65.2 peratus.
Kata beliau, bilangan penganggur menurun sebanyak 3.8 peratus kepada 748,800 berbanding 778,200 pada Julai.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#pengangguran
#AmInvestment Bank
#pemulihan
#pembukaan semula ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan