KUALA LUMPUR: Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2023 pada 7-9 November ini, akan mengetengahkan lebih 100 penceramah dan pakar terkemuka dunia yang bakal berkongsi mengenai trend serta cabaran terkini industri itu.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka merasmikan acara anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang juga pameran dan kongres minyak sawit terbesar dunia.
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata lebih 2,000 peserta global akan menghadiri acara bertemakan 'Navigating Uncertainties, Building Resilience' (Mengemudi Ketidaktentuan, Membina Daya Tahan).
"Antara penceramah PIPOC 2023 yang dikenali adalah Tan Sri Datuk Dr Yusof Basiron dari DIBIZ Global, Malaysia, yang akan membuat pembentangan mengenai teras tema tersebut.
"Barisan penceramah lain adalah Thomas Mielke dari Oil World, Jerman selain Pengerusi MPOB Datuk Mohamad Helmy Othman Basha," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Parveez berkata, PIPOC 2023 turut melibatkan empat persidangan serentak yang membincangkan topik penting seperti kemampanan, keselamatan makanan dan penambahan nilai.
"Sebagai kongres dan pameran sawit terbesar dunia, PIPOC menyediakan platform untuk interaksi, peluang rangkaian dan perbincangan mendalam mengenai pelbagai aspek industri sawit, daripada perkembangan dasar terkini kepada cabaran dan prospek industri itu," katanya.
PIPOC 2023 turut merangkumi aktiviti menarik termasuk lawatan teknikal ke ladang sawit, kilang minyak sawit, kilang penapisan dan kemudahan penyelidikan dan pembangunan untuk peserta.
Maklumat lanjut mengenai acara itu boleh diperoleh di laman sesawang http://pipoc.mpob.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 27 2023

Anwar dijangka merasmikan acara anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang juga pameran dan kongres minyak sawit terbesar dunia. - Gambar fail

Imigresen usir lebih 30,000 pendatang tanpa izin sejak Januari - Ruslin
Jabatan Imigresen telah mengusir seramai 35,802 pendatang tanpa izin sejak Januari hingga November lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.

Kerajaan beri lebih tumpuan kepada penyelesaian masalah kemudahan asas di Labuan - PM
Kerajaan Persekutuan akan memberi fokus kepada penyelesaian masalah kemudahan asas untuk rakyat daripada mengutamakan kepada projek pembangunan infrastruktur yang masih boleh ditangguhkan.
[TERKINI] Zayn Rayyan selamat dikebumikan
Untuk mengetahui laporan terkini berhubung pengebumian Zayn Rayyan, terus bersama Ridauddin di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.
PISA 2022: KPM akan kembali fokus kepada 3M
Kesenjangan pembelajaran ini adalah isu bersama dan perlu ditangani dengan cara berbeza dan lebih kreatif untuk mendapatkan impak yang lebih ketara.

Malaysia perlu anjakan paradigma dalam produktiviti dan kadar upah lebih tinggi - MITI
Majikan memerlukan anjakan paradigma dalam melabur dalam produktiviti dan sanggup membayar kadar upah yang lebih tinggi untuk kemahiran.
PISA 2022: Pencapaian Malaysia merosot, pandemik COVID-19 dijadikan punca
Keciciran pembelajaran ketika pandemik COVID-19 dilihat sebagai faktor utama yang mempengaruhi pencapaian murid sekolah Malaysia dalam laporan Programme for International Student Assesment (PISA) 2022.
MIDF Research jangka pertumbuhan KDNK naik kepada 4.7% pada 2024
MIDF Research menjangkakan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia meningkat kepada 4.7 peratus pada 2024, disokong oleh pemulihan dalam perdagangan luar dan pertumbuhan yang mampan dalam permintaan domestik.

UTP, JBPM Seri Iskandar terima anugerah berprestij inovasi pintar
UTP JBPM Seri Iskandar telah mendapat pengiktirafan menerusi kerjasama cemerlang mereka dalam inovasi Smart Home Guard.
Malaysia dalam landasan positif menuju pembangunan mampan
Malaysia berada pada tahap landasan yang positif bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dengan 99 indikator pada tahun 2022.

Anwar dijangka rasmi PIPOC 2023, tampil lebih 100 pakar sawit global - MPOB
Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa (PIPOC) 2023 pada 7-9 November ini, akan mengetengahkan lebih 100 penceramah dan pakar terkemuka dunia.