Kepelbagaian rantaian bekalan telah menempatkan ASEAN di landasan yang baik, tetapi ujian sebenar adalah jika blok itu bersatu, menurut CIMB ASEAN Research Institute (CARI).
CARI berkata data daripada Pentadbiran Umum Kastam China menunjukkan dalam tempoh dua bulan pertama 2020, ASEAN telah mengatasi EU dan menjadi rakan dagang terbesar China.
Perdagangan antara ASEAN dan China dalam tempoh tersebut naik 0.5 peratus tahun ke tahun kepada US$85.3 bilion dalam persekitaran kemerosotan perdagangan dengan kebanyakan negara perdagangan lain berikutan pandemik COVID-19.
"ASEAN telah mencapai kedudukan yang baik semasa pandemik itu," kata Pengarah Urusan perundingan penyelidikan yang berpusat di Hong Kong, Asia-Analytica, Pauline Loong pada taklimat webinar CARI pada Selasa.
Dalam kenyataan, CARI berkata taklimat bertajuk 'How can ASEAN Bounce Back: China's Economic Trajectory and ASEAN the New Abnormal: Navigating the Post-Pandemic World' adalah sebahagian daripada Siri Pelan Pemulihan Ekonomi COVID-19.
Loong, yang juga felo kanan CARI, berkata walaupun sebelum perang perdagangan AS-China, negara-negara anggota ASEAN telah meraih manfaat daripada perubahan struktur dalam perdagangan antarabangsa "yang telah disegerakan berikutan pandemik itu."
"Perubahan dalam persepsi risiko di seluruh dunia dan trend yang cepat dalam kepelbagaian rantaian bekalan serta serantau telah menjadikan ASEAN sebagai destinasi pelaburan.
"Bagaimanapun, cabaran jangka panjang ASEAN berjaya menghadapi perubahan tektonik dalam perdagangan, kewangan dan pakatan global.
"Sama ada ia dapat memanfaatkan kekuatannya untuk lebih banyak kelebihan dalam 'multi-polar world' terletak pada kesediaan perkumpulan itu untuk bertindak sebagai entiti yang benar-benar bersatu," katanya.
Beliau turut mengunjurkan peluang kepada pemulihan yang bermakna untuk ekonomi China dalam baki tahun 2020 adalah kecil tetapi 2021 boleh menjadi titik perubahan.
"Tahun 2021 amat penting untuk pemimpin negara itu berikutan ia merupakan ulang tahun penubuhan Parti Komunis China.
"Ia penting kepada kepimpinan untuk memastikan pemulihan ekonomi berjalan lancar dan China akan mempunyai keazaman politik dan dasar untuk mencapai matlamat tersebut," katanya.
Berbeza dengan beberapa unjuran, Loong percaya walaupun terdapat perbincangan mengenai deglobalisasi, ekonomi dunia akan tetap saling berkaitan.
"Bagaimanapun, bagaimana dunia mula menyambung semula aliran perdagangan akan bergantung kepada pembukaan semula pasaran lain," katanya.
Sementara itu, Pengerusi CARI dan Presiden Kelab Perniagaan ASEAN Tan Sri Dr Munir Majid bersetuju dengan pandangan Loong, terutamanya mengenai keperluan kepada perpaduan ASEAN semasa ekonomi tidak menentu ini.
Beliau berkata prestasi ekonomi serantau yang lebih bersepadu di ASEAN dan Asia Timur adalah penting dalam proses pemulihan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
CARI berkata data daripada Pentadbiran Umum Kastam China menunjukkan dalam tempoh dua bulan pertama 2020, ASEAN telah mengatasi EU dan menjadi rakan dagang terbesar China.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.