awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM

Bernama
Bernama
29/11/2024
07:55 MYT
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
BNM berkata, aset rizab rasmi negara berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Aset rizab rasmi negara berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Bank pusat itu berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, pembayaran balik berjadual peminjaman luar negeri oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank BNM dalam mata wang asing berjumlah AS$13.30 bilion.
"Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak AS$27.89 bilion pada akhir Oktober 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang," katanya dalam satu kenyataan pemakluman terperinci rizab antarabangsa pada akhir Oktober 2024, hari ini.
Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.51 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.
Satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminankerajaan terhadap hutang luar negeri dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah AS$399.8 juta.
"Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat yang belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.
"Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit," kata bank pusat itu.
Mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (International Monetary Fund, IMF), butiran terperinci rizab antarabangsa memberikan maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab, dan aset mata wang asing lain, serta jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.
"Secara keseluruhan, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Oktober 2024 tetap boleh guna," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#rizab malaysia
#aset negara
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan