awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim syarie diseru tingkat inovasi, percepat penyelesaian kes - Raja Muda Perlis
Malique kongsi foto dukung bayi, ubat kerinduan peminat
Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro catat keuntungan selepas cukai RM196 juta bagi suku pertama

Luqman Hariz
Luqman Hariz
14/06/2017
12:06 MYT
Astro catat keuntungan selepas cukai RM196 juta bagi suku pertama
Menurut Astro dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia turut berjaya mencapai kadar penembusan sebanyak 71 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia.
Astro Malaysia Holdings Bhd (astro) mencatatkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak RM196 juta bagi suku pertama, tahun kewangan 2018.
Kumpulan syarikat itu turut mencatatkan pendapatan sejumlah RM1.33 bilion bagi tempoh yang sama.
Astro turut mencatat Keuntungan Sebelum Cukai, Faedah, Susut Nilai Dan Pelunasan (EBITDA) sebanyak RM460 juta dan aliran tunai bebas (FCF) sebanyak RM399 juta.
Menurut Astro dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia turut berjaya mencapai kadar penembusan sebanyak 71 peratus dari keseluruhan isi rumah di Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Datuk Rohana Rozhan, Astro juga kini semakin hampir untuk merealisasikan aspirasi digitalnya.
“Astro kini berada di landasan yang betul dalam usaha mendigitalkan semua proses dan infrastruktur kami, di mana kami ingin menyemai budaya inovasi untuk meningkatkan keberkesanan kos, kecekapan operasi, daya saing yang lebih tinggi serta kadar pemberian perkhidmatan kepada pasaran yang lebih pantas,” katanya.
Menurut Astro, ia turut menyaksikan sambutan yang lebih baik bagi rancangan vernakularnya.
Ini termasuk Maharaja Lawak Mega 2017 yang memperoleh 4.9 juta tontonan dan mencecah 28 juta tontonan di platform digital serta 58 juta capaian di media sosial.
Sementara itu, Pengerusi Astro, Tun Zaki Azmi berkata, di sebalik persekitaran pasaran yang mencabar, Astro kini memberi fokus kepada pertumbuhan jangka panjang.
“Dalam persekitaran pasaran yang mencabar, Astro kini mengutamakan pencapaian pendapatan yang mampan dan pertumbuhan keuntungan jangka panjang,” katanya.
Susulan keputusan tersebut, Astro mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 3 sen sesaham.
Topic Berkaitan
#Astro
#cukai
#Ebitda
#Media
#operasi
#Patami
#Rohana Rozhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan