KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM891 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
Kumpulan itu turut merekodkan Keuntungan Selepas Cukai Dan Faedah Minoriti (PATAMI) yang dinormalisasi sebanyak RM62 juta dan PATAMI RM16 juta, yang terkesan dengan pengukuhan dolar Amerika berbanding ringgit.
Pendapatan Sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai Dan Pelunasan (EBITDA) pula meningkat 36 peratus berbanding suku sebelumnya kepada RM248 juta, disumbang oleh peningkatan kos kandungan sukan pada suku terakhir tahun kewangan 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Euan Smith berkata, kumpulan itu kekal dengan 'playbook' beraninya untuk mentransformasi Astro menjadi sebuah syarikat digital dan penstriman.
“25 peratus pelanggan kami kini menikmati pek-pek TV penstriman yang menawarkan 11 aplikasi penstriman premium selain rancangan-rancangan hebat termasuk Astro Originals, signatures bersiaran langsung, sukan, filem, berita dan kanak-kanak.
“Pek-pek TV baharu kami, yang boleh digabungkan dengan perkhidmatan jalur lebar kami Astro Fibre, menyaksikan peningkatan berterusan di mana para pelanggan boleh strim tanpa gangguan hiburan secara on-demand dan menikmati nilai hebat.
“Oleh itu, ARPU kami meningkat RM1.30 tahun ke tahun ke RM98.70 dalam suku pertama tahun kewangan berakhir 2024,” katanya.
Tambahnya, ini dapat dilihat melalui kejayaan kumpulan itu memperluaskan portfolio aplikasi penstriman, yang kini termasuk WeTV, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO Go, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, dan ZEE5.
Penggunaan perkhidmatan jalur lebarnya, Astro Fibre, turut menyaksikan pertumbuhan 28 peratus tahun ke tahun, termasuk peluasan ke 118,000 kediaman di Sabah melalui kerjasama dengan Celcom Timur (Sabah).
“Penstriman melalui Ultra Box dan Ulti Box serta Astro GO telah tumbuh dengan signifikan, dengan peningkatan sebanyak 31 peratus tahun ke tahun kepada 194 juta strim dalam suku pertama.
“Pemasangan kotak Ultra dan Ulti meningkat sebanyak 42 peratus tahun ke tahun kepada 860,000, dan pengguna aktif bulanan Astro GO pula meningkat sebanyak 7 peratus dari tahun ke tahun kepada 566,000, dengan masa tontonan mingguan purata sebanyak 3.5 jam,” katanya.
Prestasi kumpulan itu juga dijangka terus disokong oleh sambutan positif terhadap beberapa rancangan dan produksi aslinya, termasuk siri drama Andai Itu Takdirnya, Sepahtu Reunion AL Puasa, Projek: High Council, Family Feud dan Polis Evo 3.
Bagi pengiklanan, Astro mencatatkan Adex sebanyak RM99 juta, dengan Radex, TV Adex, dan Digital Adex masing-masing mewakili sebanyak 79 peratus, 33 peratus, dan 2 peratus pendapatan pengiklanannya.
Bergerak ke hadapan, kumpulan itu akan terus mengambil langkah proaktif dalam pengurusan modal.
Ia mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 0.25 sen sesaham, sebagai sebahagian daripada pendekatan berhati-hati tatkala Astro terus melabur semula ke arah transformasi jangka masa panjang.
Luqman Hariz
Mon Jun 19 2023
Bagi pengiklanan, Astro mencatatkan Adex sebanyak RM99 juta, dengan Radex, TV Adex, dan Digital Adex masing-masing mewakili sebanyak 79 peratus, 33 peratus, dan 2 peratus pendapatan pengiklanannya. - Gambar fail
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Astro catat pendapatan RM891 juta, PATAMI RM16 juta
Astro Malaysia Holdings Berhad melaporkan pendapatan sebanyak RM891 juta bagi suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Januari 2024.
ASTRO catat peningkatan PATAMI kepada RM176 juta bagi Q1FY20
Astro turut umumkan pembayaran dividen sebanyak 2.0 sen sesaham.