Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 November 2026.

  1. Loke tumpu tanggungjawab Setiausaha Agung DAP, Ahli Parlimen

    Bekas Menteri Pengangkutan Anthony Loke akan memberi sepenuh tumpuan kepada tanggungjawabnya sebagai Setiausaha Agung DAP serta menjalankan tugas sebagai Ahli Parlimen, susulan peletakan jawatannya yang berkuat kuasa semalam.

  2. Tahanan rumah: Mat Sabu serah gaji penuh, cadang layanan saksama semua banduan

    Langkah itu sebagai usaha membantu membiayai usaha badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menegakkan keadilan berkaitan isu tahanan rumah membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

  3. Abdul Azeez dapat kebenaran cabar keputusan HASiL batal perjanjian penyelesaian cukai

    Mahkamah Tinggi hari ini memberi kebenaran kepada bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri yang didakwa membatalkan secara sepihak perjanjian penyelesaian cukai dan denda berjumlah RM4.8 juta.

  4. PRN Melaka: Wakil calon PH DUN Asahan maut dalam kemalangan jalan raya

    Wakil calon Pakatan Harapan bagi Dewan Undangan Negeri Asahan, J. Samivel Jairas meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya hari ini. Kejadian berlaku di hadapan Bilik Gerakan Utama PH DUN Asahan.

  5. Kamaruddin Mohd Noor tidak disambung pelantikan sebagai Exco Kelantan - Timbalan MB

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas Datuk Kamaruddin Mohd Noor, tidak disambung pelantikan sebagai Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kelantan berkuat kuasa 9 Nov.

  6. Jasa bukan alasan biarkan sesiapa rompak harta rakyat, negara - Anwar

    Tiada pihak boleh dibiarkan merompak atau “menyakau” harta rakyat dan negara sekalipun mempunyai jasa selama ratusan tahun, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  7. Ahmad Zahid sambut cadangan Mohamad Sabu serah gaji menteri biayai perjuangan tahanan rumah

    Zahid mencadangkan agar elaun Mohamad Sabu turut disumbangkan jika benar-benar ingin membantu inisiatif tersebut.

  8. Kredibiliti diri lebih penting daripada kedudukan politik - Loke

    Anthony Loke menegaskan prinsip menunaikan janji dan mempertahankan kredibiliti lebih penting daripada mengekalkan kedudukan politik.

  9. Pengambilan tanah perlu berlandas kedaulatan undang-undang, jaminan Perlembagaan - Azalina

    Tindakan mencabar keputusan pengambilan tanah secara paksa bukan seseorang itu tidak setia kepada negara, sebaliknya merupakan elemen penting dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang

  10. JKPK teliti cadangan pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya

    Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) meneliti cadangan pindaan Perlembagaan berkaitan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya yang dibentangkan oleh Jabatan Peguam Negara.
     

Must Watch Video

Advertisement