ASTRO Malaysia Holdings Berhad (Astro) dinobatkan pemenang Anugerah Transformer Digital di Malaysia oleh International Data Corporation (IDC) Asia/Pacific yang julung kali mengadakan Anugerah Transformasi Digital (IDC DX) tahun ini.
Anugerah IDC DX mengiktiraf syarikat yang berjaya menempa kejayaan cemerlang dalam inisiatif transformasi digital di seluruh rantau Asia Pasifik.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro (CEO) Datuk Rohana Rozhan berkata, dalam menuju penciptaan semula, Astro melalui perubahan menerusi platform digital, atas talian dan telefon bimbitnya, dan pada masa sama, ia kekal fokus pada perkhidmatan asasnya sebagai syarikat berfokuskan pengguna.
“Permintaan dari isi rumah masih kukuh sejak 20 tahun yang lalu, dan kini kami memberi perkhidmatan kepada 72% isi rumah di Malaysia.
“Sambil terus membangunkan perkhidmatan asas ini, aspirasi kami adalah untuk mejadi tumpuan utama setiap isi rumah dan individu di Malaysia dan di rantau ini," katanya.
Jelas Rohana, Astro kini astro kini sedang menambah baik keupayaannya dalam pembangunan perisian, kecerdasan buatan (AI) dan e-dagang.
Astro ketika ini mengendalikan lebih 40 jenama digital menerusi laman web dan aplikasinya, yang mencapai lebih 7 juta pengguna unik setiap bulan.
Astro Awani
Tue Oct 24 2017
Datuk Rohana Rozhan memberi ucapan di Anugerah Transformer Digital di Malaysia daripada Pengarah Urusan IDC ASEAN Sudev Bangah (kiri) sambil diperhatikan Pengarah Penyelidikan IDC Malaysia, Pranabesh Nath. - Foto Astro Group
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Astro menang Anugerah Transformer Digital di Malaysia
Anugerah IDC DX mengiktiraf syarikat yang berjaya menempa kejayaan cemerlang dalam inisiatif transformasi digital di seluruh rantau Asia Pasifik.