Skip to main content

Dunia

Manchester United sahkan Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu

Jurulatih dari Argentina berusia 54 tahun itu akan mula mengendalikan pasukan pada 18 Nov selepas menyelesaikan tugasnya bersama skuad kebangsaan lelaki AS. - Gambar AP
Jurulatih dari Argentina berusia 54 tahun itu akan mula mengendalikan pasukan pada 18 Nov selepas menyelesaikan tugasnya bersama skuad kebangsaan lelaki AS. - Gambar AP
Advertisement

ISTANBUL: Manchester United pada Jumaat mengesahkan pelantikan Mauricio Pochettino sebagai pengurus baharu kelab itu, sehari selepas memecat Michael Carrick susulan permulaan musim yang hambar, lapor Anadolu Ajansi.

Jurulatih dari Argentina berusia 54 tahun itu akan mula mengendalikan pasukan pada 18 Nov selepas menyelesaikan tugasnya bersama skuad kebangsaan lelaki Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan media, beliau bersetuju menandatangani kontrak selama dua tahun setengah.

Advertisement

Pochettino meninggalkan skuad AS hanya tiga bulan selepas melanjutkan kontraknya sehingga Piala Dunia 2030. Beliau membimbing pasukan itu mara ke pusingan 16 terbaik pada Piala Dunia tahun ini.

Beliau sebelum ini pernah mengendalikan Southampton, Tottenham Hotspur, Chelsea dan Paris Saint-Germain, termasuk membimbing Tottenham mara ke final Liga Juara-Juara pada 2019.

Advertisement

United kini menduduki tangga ke-18 daripada 20 pasukan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan lapan mata daripada 10 perlawanan, sekali gus mencatat permulaan musim liga terburuk dalam tempoh 40 tahun.

Perlawanan pertama Pochettino sebagai pengurus United adalah menentang Liverpool pada 22 Nov.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement