Skip to main content

Malaysia

Imigresen serbu kediaman warga asing disyaki jadi pusat kegiatan haram dalam talian

Sebanyak 22 warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan ke atas dua premis kediaman yang disyaki dijadikan pusat aktiviti haram secara dalam talian di sekitar ibu negara pada Rabu dan semalam. - Gambar fail/hiasan
Sebanyak 22 warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan ke atas dua premis kediaman yang disyaki dijadikan pusat aktiviti haram secara dalam talian di sekitar ibu negara pada Rabu dan semalam. - Gambar fail/hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan ke atas dua premis kediaman yang disyaki dijadikan pusat aktiviti haram secara dalam talian di sekitar ibu negara pada Rabu dan semalam.

Pengarah Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Hamsha Injau berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 18 lelaki dan empat wanita dari China serta Filipina, disyaki melakukan kesalahan tidak memiliki pas atau permit sah serta tinggal lebih masa di negara ini.

“Hasil siasatan awal mendapati semua warga asing yang ditahan mendakwa menerima tawaran pekerjaan ketika berada di negara masing-masing dengan bayaran gaji antara RM2,000 hingga RM8,000 sebulan.

Advertisement

“Siasatan masih dijalankan bagi menentukan peranan setiap individu dan kegiatan sebenar mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamsha berkata serbuan itu dilakukan hasil risikan selama seminggu oleh sepasukan pegawai Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Kuala Lumpur dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Advertisement

Beliau berkata semua warga asing yang ditahan ditempatkan di Depot Imigresen Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan lanjut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement