awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro raih 6 anugerah di The Spark Awards

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2014
12:03 MYT
Astro raih 6 anugerah di The Spark Awards
Anugerah The Spark Awards diberikan kepada penggiat media sekitar rantau Asia Tenggara berdasarkan kandungan menarik, penyelesaian inovatif, keberkesanan produk dan pencapaian kumpulan.
Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) cemerlang apabila berjaya meraih enam anugerah di Spark Awards for Media Excellence 2014 yang berlangsung Khamis lalu di Singapura.
Pengiktirafan diterima termasuk dua anugerah Emas di bawah kategori Best Media Solution-Radio untuk Permanis Sandilands dan Best Commercial Acquisition Team, dua anugerah Perak untuk kategori Best Media Solution -Mobile untuk Astro on the Go dan Best Subscription Strategy, selain dua anugerah gangsa bagi kategori Best Programme Promotion untuk Fear Factor Selebriti Malaysia dan Best Media Solution- Integrated Media untuk Master Chef Malaysia.
Anugerah The Spark Awards diberikan kepada penggiat media sekitar rantau Asia Tenggara berdasarkan kandungan menarik, penyelesaian inovatif, keberkesanan produk dan pencapaian kumpulan.
Astro adalah syarikat media yang menerajui integrasi hiburan pengguna di Malaysia dan serantau dengan tumpuan kepada empat bidang perniagaan iaitu Televisyen Berbayar, Radio, Penerbitan dan Media Digital.
Astro juga adalah pemenang anugerah Emas dalam kategori Media dan Hiburan pada anugerah Putra Brand Awards untuk lima tahun berturut-turut sejak 2010 hingga 2014, selain meraih anugerah “Brand of the Year” pada 2012 dan “Brand Icon” pada 2013.
Juga baru-baru ini Astro memenangi tiga anugerah Stevie Award di 2013 International Business Awards atas usaha tanggungjawab sosial korporat, CSR.
Anugerah dilihat sebagai pengiktirafan terhadap usaha berterusan Astro dalam bidang inovasi, kualiti dan CSR.
Topic Berkaitan
#Astro
#Best Media
#Fear Factor Selebriti Malaysia
#Master Chef Malaysia
#The Spark Awards
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan