awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Ulagam catat rekod dunia Guinness

Norsiah Mohd Ramli
Norsiah Mohd Ramli
23/03/2016
15:49 MYT
Astro Ulagam catat rekod dunia Guinness
Siaran langsung tersebut memaparkan kemeriahan sambutan perayaan Thaipusam yang diraikan di Malaysia, India dan Sri Lanka.
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat rekod dunia Guinness buat kali kedua selepas berjaya bersiaran secara langsung tanpa henti sempena sambutan Thaipusam selama tiga hari berakhir 25 Januari lalu.
Ia disiarkan selama 55 jam menerusi saluran Astro Ulagam.
Menurut Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan, pencapaian ini bukan sahaja kejayaan untuk warga Astro, tetapi membabitkan seluruh Malaysia.
“Kami sangat teruja dengan perayaan Thaipusam yang unik ini di negara kita. Kami sentiasa ingin berkongsi dengan penonton di Malaysia dan kami percaya penonton luar mempunyai minat untuk mengambil bahagian. Dengan adanya teknologi terkini, mereka boleh bersama-sama menikmatinya.”
Siaran langsung tersebut memaparkan kemeriahan sambutan perayaan Thaipusam yang diraikan di Malaysia, India dan Sri Lanka.
Sementara itu, menurut Naib Presiden Kanan Kumpulan Kandungan India Astro, Dr Rajamani Chellamuthu, Astro Ulagam merancang untuk memaparkan bagaimana Thaipusam disambut dalam kalangan masyarakat moden.
“Kami akan mengadakan sekali lagi di Malaysia, India dan Sri Lanka kerana sambutan daripada masyarakat Tamil di tiga negara ini sangat hebat.
“Kami juga ingin memaparkan sambutan Thaipusam di Singapura, Mauritius, Amerika Syarikat dan Australia.”
Astro Ulagam mendapat 119 juta capaian di Facebook, manakala kempen hashtag #vetrivel2016 trending sepanjang siaran tersebut berlangsung.
Topic Berkaitan
#Astro Malaysia
#henry tan
#rekod guinness
#Thaipusam
#ulagam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan