BISNES
AstroBIZ: Ali Maju bersinar di pelbagai platform Astro menerusi kempen BizOne Rewards

Jawahar Ali berkongsi kejayaan hasil kolaborasi bersama Astro BizOne dalam usaha memperkasa industri F&B tempatan. - Gambar AstroBIZ
KUALA LUMPUR: Restoran rangkaian Ali Maju terus menyerlah sebagai pilihan utama pelanggan pelbagai kaum, bukan sahaja melalui kepelbagaian menu tetapi juga keberhasilan memanfaatkan platform promosi Astro menerusi kempen BizOne Rewards.
Sebagai antara pemenang terbanyak kempen tersebut, Ali Maju meraih liputan promosi meluas termasuk segmen khas Borak Seeni, paparan berita di Buletin AWANI, iklan radio dan tayangan langsung sukan atau watch party, yang berjaya melonjakkan keterlihatan jenama di mata pelanggan sedia ada dan baharu.
Pemilik restoran, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, berkata kerjasama bersama Astro sejak awal telah menjadi antara faktor kejayaan jenama restoran itu yang kini memiliki 18 cawangan di sekitar Lembah Klang.
“Ini akan memberikan suntikan semangat juga kepada Ali Maju yang sentiasa menyokong Astro BIzOne sejak hari pertama lagi,” katanya.“Saya rasa ini satu pengiktirafan kepada kami dan juga kejayaan untuk seluruh industri restoran India Muslim di Malaysia. Sebagai Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), saya amat mengalu-alukan agar lebih ramai ahli menyertai inisiatif ini,” tambahnya lagi.
Keunikan Ali Maju terletak pada kepelbagaian menu yang ditawarkan di bawah satu bumbung daripada nasi kandar, tom yam, western sehinggalah roti naan mozzarella, sesuai untuk selera rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Restoran Ali Maju di Setiawangsa kekal menjadi pilihan pelanggan pelbagai kaum dengan konsep terbuka dan kepelbagaian menu di bawah satu bumbung. - Gambar AstroBIZ
Lebih menarik, suasana restoran terbuka di lot penjuru dengan skrin televisyen besar serta siaran langsung sukan menjadikannya lokasi lepak kegemaran ramai, termasuk pelanggan setia seperti Zaid Md Ali.
“Tempat dia memang best sebab duduk dekat corner lot. Menu pun memang standard mamak tapi dia ada rasa tersendiri. Hari ini saya makan roti naan ayam tandoori, sampai kena ambil dua keping,” katanya.
Bagi seorang lagi pelanggan, Aqil Harith, suasana santai di restoran dengan kemudahan siaran TV jelas menambah nilai pengalaman.
“TV besar, boleh lepak sini minum air, makan roti canai, memang okay,” ujarnya.
Turut berkongsi pandangan ialah Khairidin Mansor, yang menyifatkan siaran sukan langsung sebagai daya tarikan utama untuk kembali ke restoran berulang kali.
“Saya memang selalu tengok sukan di sini. Siaran langsung memang banyak, terutama bila ada bola sepak. Itu yang selalu buat saya datang balik,” katanya.

Ruang makan restoran Ali Maju yang sentiasa dipenuhi pelanggan, menjadi bukti sokongan komuniti terhadap jenama ini yang telah bertapak kukuh lebih dua dekad. - Gambar AstroBIZ
Dengan sokongan promosi strategik menerusi Astro BizOne Rewards, rangkaian Ali Maju membuktikan bagaimana restoran F&B boleh memanfaatkan platform Astro untuk meningkatkan daya saing dan menarik pelanggan baharu secara berterusan.
Sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat seterusnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami